Bahan-bahan
Telur yang telah siap direbus (Di buang kulitnya dan digaul bersama garam dan kunyit)
Air Asam Jawa (Asam jawa agak2 sebesar ibu jari)
Cili Kisar (Cili Kering + Bawang Besar + Belacan)
-> yang ni Mummy selalu blend dan simpan dlm fridge siap2 untuk kegunaan seminggu. So, untuk masakn nih mummy guna dalam 4 sudu makan
Garam dan Gula
Bahan Tumis
Bawang Merah (1 biji)
Bawang Putih (2 ulas)
Cara-cara
1. Goreng Telur tadi dan ketepikan
2. Tinggalkan Minyak lebih kurang 3 sudu
3. Tumis bahan Tumis sehingga kekunigan
4. Masukkan Cili kisar dan tunggu sehingga cili betul2 masak
5. Masukkan air asam jawa dan biar seketika
6. Masukkan Garam dan Gula secukup rasa
7. Boleh lah digaulkan telur yang telah digoreng tadi ke dalam kuah dan apabila telah sebati boleh lah di angkat dan dihidangkan..
Senangkan?Bleh lah masak simple gini2 je kalau malas nak memikir yang lebih banyak step....
No comments:
Post a Comment