-->

Thursday, October 20, 2011

Hukum Aqiqah :- Wajib ka Sunat?



Tetiba terbincang isu nih ngan membe office aku..ye lah nak dekat raya haji dah kan?Nak pulak masing2 dah jadi Mama skang nih...Srius terkedu nak jawab…lupa dah wei..belajar dulu je pastu lupa (silap bikan lupa tapi x yakin je)…Ye lah lagi x pernah berpengalaman lagi tuh lah x melekat dalam kepala…orang ckap pengalaman kan mengajar erti kehidupan..tak gituh?....Lepas selang seli dok kata sunat kot..wajib kot…macam x confident je..terus lahhh aku google kat tenet..nak selamat kate…kalau dak kang tersesat lak kang…hhehehehehe…

Ni hasil google-lan aku….meh le kita sama2 pahatkan pengetahuan nih supaya x berteka-teki macam kami 2 nih…hehehehe

Maksud Aqiqah

Dari segi bahasa :
  • Rambut yang berada di kepala bayi yang baru dilahirkan
  • Bererti “pertolongan”
Dari segi syarak :
  • Menyembelih kambing atau biri-biri untuk bayi yang baru dilahirkan
  • Kadang-kadang, kambing yang disembelih itu juga disebut sebagai Aqiqah

Hukum Aqiqah

Menurut kebanyakan ulama, hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat dituntut).  Ia adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Dalil daripada hadith Nabi SAW

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.
(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)

Tujuan Aqiqah

  • Sebagai salah satu tanda syukur kepada Allah SWT.
  • Untuk mensyukuri kelahiran seorang anak sebagai anugerah kurniaan daripada Allah SWT kepada kita.
  • Bertujuan untuk menjauhkan anak daripada gangguan syaitan.
  • Untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.

Cara melakukan Aqiqah

  • Bagi bayi lelaki : Menyembelih dua ekor kambing (jantan atau betina)
  • Bagi bayi perempuan : Menyembelih seekor kambing (jantan atau betina)
  • Penyembelihan Aqiqah hendaklah dilakukan SEBAIK-BAIKNYA ketika anak berumur 7 hari.
  • Kalau tak dapat dibuat pada hari ke-7, maka boleh dilakukan pada hari yang ke-14
  • Kalau tak dapat buat pada hari ke-14, maka buatlah pada hari yang ke-21.
  • Dan kalau tak dapat juga dibuat pada hari ke-7, 14 atau 21, maka diharuskan ungtuk buat pada bila-bila masa pada hari-hari lain yang mampu dibuat.
  • Sebelum melakukan penyembelihan, adalah disunatkan untuk cukur dulu rambut bayi dan timbang rambut tersebut dengan perak. Kemudian, nilai rambut tersebut hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin.
  • Semasa proses sembelihan dilakukan, adalah disuruh untuk kita menyebut nama anak yang ingin di Aqiqahkan itu.
  • Penyembelihan sunat dilakukan sesudah matahari terbit.
  • Daging sembelihan Aqiqah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan itu kepada orang lain.
  • Masakan yang dibuat jangan terlalu pedas, sebaliknya buatkan ia sedikit manis.
  • Tidak dibenarkan untuk memecahkan tulang binatang yang disembelih. Contohnya nak buat sup tulang ker, adalah dilarang.

Aqiqah di zaman jahiliyah

Masa zaman jahiliyah pun rupanya dah ada amalan menyembelih kambing. Apabila adanya kelahiran anak, orang jahiliyah akan menyembelih seekor kambing dan menyapu darah sembelihan tu pada kepala bayi.
Aqiqah di zaman kedatangan Islam
Apabila adanya kelahiran, orang Islam akan menyembelih kambing, mencukur rambut dan menyapu bahagian kepala bayi dengan za’faran atau kunyit.

Adakah hanya kambing saja binatang yang boleh dibuat Aqiqah?

TIDAK, selain kambing, ada juga binatang lain yang boleh dijadikan Aqiqah. Menurut ulamak, berikut ini adalah binatang yang boleh dijadikan sebagai Aqiqah.
  • Unta (berumur antara 5 ke 6 tahun)
  • Lembu atau kerbau (berumur 2 ke 3 tahun)
  • Kambing atau biri-biri (telah berumur 2 tahun atau dah bertukar gigi)
  • Kibas (dah berumur 1 tahun atau dah bertukar gigi)
* Binatang yang dipilih untuk Aqiqah juga disyariatkan mesti yang TIADA KECACATAN.

Hikmah dan kebaikan melakukan Aqiqah

  • Sebagai bukti kesyukuran dan rasa gembira atas kurniaan dan anugerah daripada Allah serta diiringi dengan doa agar anak menjadi insan yang soleh.
  • Menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa atau orang tua supaya sanggup berkorban dan bersusah payah demi anak-anaknya.
  • Melepaskan penghalang pada bayi untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelak.
  • Melindungi anak daripada gangguan syaitan
  • Dengan daging sembelihan Aqiqah, orang-orang miskin dan jiran tetangga dapat berkongsi kegembiraan atas anugerah kurniaan anak tersebut.
Peringatan!
Jika seseorang mengetahui bahawa ibu bapanya belum menyembelih Aqiqah untuknya, maka adalah digalakkan baginya untuk melakukan Aqiqah. Nabi SAW juga telah mengadakan Aqiqah untuk diri Baginda setelah diangkat menjadi Rasulullah SAW.
So, anda dah buat Aqiqah? Kalau tak pasti, tanyalah kepada ibu bapa anda. Kalau masih belum buat Aqiqah, maka adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda buat aqiqah sepertimana sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Sekian, begitulah sedikit sebanyak info yang sempat saya catat dan rumuskan untuk rujukan kita bersama. Lain-lain hal berkenaan dengan Aqiqah, sila bertanya dengan mana-mana ustaz yang lebih ‘alim.
Semoga anda dapat sikit panduan daripada artikel ini. 

Sumber dari :  pakarhowto.com

4 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

nak wat aqiqah utk anak ker? :)

SumeSakan said...

ahah dear...plan nyer cenggitu lah...kalau kat penang leh le datang umah kalau jadi wat...ehehehehe

Anonymous said...

timbang rambut bayi dengan emas, bukan perak.

SumeSakan said...

thanks to Anonymous...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...