-->

Tuesday, October 25, 2011

NaSi GoReNg SoToNG



Ok kembali lagi kita dalam rancangan..Resepi oooo resepi…hahahaha…berangan gituh…Ok lah just nka share resepi tika malas nak masak lauk berat2..wanita bekerjaya kate…ekekekeke

Ok Jom Tengok…

Bahan-Bahannya


Sotong (6 ekor)
Sos Tiram (2 sudu)
Cili Kisar (1 sudu)
Kunyit (1 sudu kecil)
Telur (1 biji - dipukul)
Garam Secukup Rasa


Bahan Tumbuk (X yah lumat Sangat)

Bawang Putih (3 ulas)
Bawang Merah (1 labu..kalua besar setengah sudah)
Cili Api (7 Batang)


Sayur

Kobis dan Sawi (Dihiris)
Tomato (dibelah 6)


Bahan Sampingan

Telur Masin (direbus dan dibelah 2)
Segenggam Ikan Bilis (Digoreng)
Sambal Belacan (Yang ni wajib untuk aku…nasi goreng ada sambal belacan..baru Kowww)


Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya
2. Masukkan Sotong, Sos Tiram, Cili Kisar dan Kunyit dan Biar Seketika
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Masukkan nasi dan gaul rata..kemudian rasa..kalau kurang garam masukkan garam dalam telur dan pukul rata
5. Masukkan sayur kobis dan sawi serentak dengan Telur…kacau sehingga telur masak
6. Pastu masuk lah tomato n kacau seketika…

DANNNNN…Siappppp…bleh la dihidangkan….

Bekalan Kerja Hari Nih...hehehehehe



2 comments:

Mrs Lurve said...

bwk bekal sedap tue..

SumeSakan said...

hehehehe..sedap lah sendiri masak kate..x ckup rasa leh tambah kan?benornya dalam proses jimat cermat..akakaka..nak balik kmapung kate...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...