-->
Showing posts with label Ilmu Agama. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Agama. Show all posts

Friday, April 6, 2012

40 KESALAHAN IBUBAPA

Sumber : Email

Rasa cam bagus ja info nih...ilmu elok dikongsikan...kepada ibu bapa sila baca ye kekadang kita sendiri x sedar...


Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka

Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan… .

1.       Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat;
2.       Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat;
3.       Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak;
4.       Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak;
5.       Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak;
6.       Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan;
7.       Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan;
8.       Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak;
9.       Kurang melahirkan kasih sayang;
10.    Sering mengeluh di hadapan anak-anak;
11.    Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah;
12.    Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan;
13.    Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak;
14.    Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak;
15.    Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak;
16.    Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca;
17.    Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal;
18.    Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak;
19.    Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak;
20.    Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak;
21.    Tidak menggunakan bahasa yang betul;
22.    Suka bertengkar di hadapan anak-anak;
23.    Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak;
24.    Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat;
25.    Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak;
26.    Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak;
27.    Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak;
28.    Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak;
29.    Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak;
30.    Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak;
31.    Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak;
32.    Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak;
33.    Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak;
34.     Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan;
35.    Sering mengancam dan menakutkan anak-anak;
36.    Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan;
37.    Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak;
38.    Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak;
39.    Tidak tegas mendidik anak-anak; dan
40.    Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama.

Friday, March 30, 2012

Potong Kuku Ikut sunnah Nabi


Forward dari email yang diterima...sebelum nih tahu nak potong kuku tunggu hari jumaat je..sebab sunat...kenapa dan mengapa kurang diselidiki...so, meh le kita baca n amalkan sesama ye...


RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.




Satu lagi pesanan baginda:

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

*Renung-renungkan..Selamat Beramal~

Sumber: www.eramuslim.com

Friday, February 10, 2012

Solat Sambil Mengendong Bayi ~ Hukumnya

Nak share skit tengok dari FB td...rasanya ramai gak x tahu...aku pun seyes baru tau...bukan apa bila dah ada anak nih memang mak ayah x terlepas lah dari prob cam ni kan?Rupanya ada penyeesaiannya...dengan syarat, syaratnya dipatuhi....


Kat sini aku sertakan gak link info yg diorang kasi gak...

Soalan

Bolehkah solat sambil mengendong bayi?

Jawapan

Di dalam mengerjakan solat, solat seseorang dikira sah apabila memenuhi beberapa syarat sah solat dan di antaranya ialah mesti berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas dan najis.
Oleh yang demikian, solat seseorang ibu yang mengendong anak kecilnya semasa bersolat adalah sah dengan syarat anak kecil tersebut berada di dalam keadaan yang bersih daripada najis (lampinnya tidak ada air kencing ataupun tahi) disepanjang tempoh beliau mengerjakan solat.
Namun begitu, jika semasa beliau mendirikan solat anak kecilnya kencing ataupun berak, maka solatnya adalah terbatal kerana beliau dikira sebagai orang yang sedang menanggung najis. Orang yang menanggung atau membawa najis adalah tidak memenuhi syarat sah solat.
Dari itu, ibu yang mengendong anak kecil yang terdapat padanya najis semasa bersolat adalah tidak sah solatnya. Wallahu 'Alam

Thursday, October 20, 2011

Hukum Aqiqah :- Wajib ka Sunat?



Tetiba terbincang isu nih ngan membe office aku..ye lah nak dekat raya haji dah kan?Nak pulak masing2 dah jadi Mama skang nih...Srius terkedu nak jawab…lupa dah wei..belajar dulu je pastu lupa (silap bikan lupa tapi x yakin je)…Ye lah lagi x pernah berpengalaman lagi tuh lah x melekat dalam kepala…orang ckap pengalaman kan mengajar erti kehidupan..tak gituh?....Lepas selang seli dok kata sunat kot..wajib kot…macam x confident je..terus lahhh aku google kat tenet..nak selamat kate…kalau dak kang tersesat lak kang…hhehehehehe…

Ni hasil google-lan aku….meh le kita sama2 pahatkan pengetahuan nih supaya x berteka-teki macam kami 2 nih…hehehehe

Maksud Aqiqah

Dari segi bahasa :
  • Rambut yang berada di kepala bayi yang baru dilahirkan
  • Bererti “pertolongan”
Dari segi syarak :
  • Menyembelih kambing atau biri-biri untuk bayi yang baru dilahirkan
  • Kadang-kadang, kambing yang disembelih itu juga disebut sebagai Aqiqah

Hukum Aqiqah

Menurut kebanyakan ulama, hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat dituntut).  Ia adalah salah satu sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Dalil daripada hadith Nabi SAW

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.
(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)

Tujuan Aqiqah

  • Sebagai salah satu tanda syukur kepada Allah SWT.
  • Untuk mensyukuri kelahiran seorang anak sebagai anugerah kurniaan daripada Allah SWT kepada kita.
  • Bertujuan untuk menjauhkan anak daripada gangguan syaitan.
  • Untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.

Cara melakukan Aqiqah

  • Bagi bayi lelaki : Menyembelih dua ekor kambing (jantan atau betina)
  • Bagi bayi perempuan : Menyembelih seekor kambing (jantan atau betina)
  • Penyembelihan Aqiqah hendaklah dilakukan SEBAIK-BAIKNYA ketika anak berumur 7 hari.
  • Kalau tak dapat dibuat pada hari ke-7, maka boleh dilakukan pada hari yang ke-14
  • Kalau tak dapat buat pada hari ke-14, maka buatlah pada hari yang ke-21.
  • Dan kalau tak dapat juga dibuat pada hari ke-7, 14 atau 21, maka diharuskan ungtuk buat pada bila-bila masa pada hari-hari lain yang mampu dibuat.
  • Sebelum melakukan penyembelihan, adalah disunatkan untuk cukur dulu rambut bayi dan timbang rambut tersebut dengan perak. Kemudian, nilai rambut tersebut hendaklah disedekahkan kepada fakir miskin.
  • Semasa proses sembelihan dilakukan, adalah disuruh untuk kita menyebut nama anak yang ingin di Aqiqahkan itu.
  • Penyembelihan sunat dilakukan sesudah matahari terbit.
  • Daging sembelihan Aqiqah disunatkan untuk dimasak dan dijamu atau disedekahkan masakan itu kepada orang lain.
  • Masakan yang dibuat jangan terlalu pedas, sebaliknya buatkan ia sedikit manis.
  • Tidak dibenarkan untuk memecahkan tulang binatang yang disembelih. Contohnya nak buat sup tulang ker, adalah dilarang.

Aqiqah di zaman jahiliyah

Masa zaman jahiliyah pun rupanya dah ada amalan menyembelih kambing. Apabila adanya kelahiran anak, orang jahiliyah akan menyembelih seekor kambing dan menyapu darah sembelihan tu pada kepala bayi.
Aqiqah di zaman kedatangan Islam
Apabila adanya kelahiran, orang Islam akan menyembelih kambing, mencukur rambut dan menyapu bahagian kepala bayi dengan za’faran atau kunyit.

Adakah hanya kambing saja binatang yang boleh dibuat Aqiqah?

TIDAK, selain kambing, ada juga binatang lain yang boleh dijadikan Aqiqah. Menurut ulamak, berikut ini adalah binatang yang boleh dijadikan sebagai Aqiqah.
  • Unta (berumur antara 5 ke 6 tahun)
  • Lembu atau kerbau (berumur 2 ke 3 tahun)
  • Kambing atau biri-biri (telah berumur 2 tahun atau dah bertukar gigi)
  • Kibas (dah berumur 1 tahun atau dah bertukar gigi)
* Binatang yang dipilih untuk Aqiqah juga disyariatkan mesti yang TIADA KECACATAN.

Hikmah dan kebaikan melakukan Aqiqah

  • Sebagai bukti kesyukuran dan rasa gembira atas kurniaan dan anugerah daripada Allah serta diiringi dengan doa agar anak menjadi insan yang soleh.
  • Menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa atau orang tua supaya sanggup berkorban dan bersusah payah demi anak-anaknya.
  • Melepaskan penghalang pada bayi untuk memberikan syafaat kepada ibu bapa mereka kelak.
  • Melindungi anak daripada gangguan syaitan
  • Dengan daging sembelihan Aqiqah, orang-orang miskin dan jiran tetangga dapat berkongsi kegembiraan atas anugerah kurniaan anak tersebut.
Peringatan!
Jika seseorang mengetahui bahawa ibu bapanya belum menyembelih Aqiqah untuknya, maka adalah digalakkan baginya untuk melakukan Aqiqah. Nabi SAW juga telah mengadakan Aqiqah untuk diri Baginda setelah diangkat menjadi Rasulullah SAW.
So, anda dah buat Aqiqah? Kalau tak pasti, tanyalah kepada ibu bapa anda. Kalau masih belum buat Aqiqah, maka adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda buat aqiqah sepertimana sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Sekian, begitulah sedikit sebanyak info yang sempat saya catat dan rumuskan untuk rujukan kita bersama. Lain-lain hal berkenaan dengan Aqiqah, sila bertanya dengan mana-mana ustaz yang lebih ‘alim.
Semoga anda dapat sikit panduan daripada artikel ini. 

Sumber dari :  pakarhowto.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...