-->

Monday, October 24, 2011

Resepi Yum Pla Duk Fu

Salam Sume, 


Ok kali nih Mummy nak share satu resepi yang betul2 menambat hati Mummy n En. Hubby bila p makan dekat satu restoran nih...Sedap sesangat...Best lah, senang cakap...So, memandangkan minat giler..so, mummy pun  tanam azam nak try buat sehabis daya...chewahhh...Ye lah Hubby suka kate...Mummy?Mummy lagi la suka...OK x guna ngumel panjang...jom usyar bahan2 kat bawah ni ye


Bahan-bahan

2 Ekor Ikan Keli 
Minyak Ikan (3 sudu)
3 Biji Limau Nipis (diambil jus nya)
Gula (4 sudu )
2 Biji Mempelam Muda (Dikupas Kulitnya dan dihiris memanjang)
Segenggam Kacang Tanah ?(Digoreng, di asing kan kulitnya dan di lumat separuh)
1/2 Btang Carrot (Dihiris Memanjang)
8 Batang Cili Api (Dihiris)
1 Labu Bawang Besar (Dibelah 4 dan dihiris)




Cara-caranya...

1. Ikan Keli digoreng sedikit dan diketepikan..setelah sejuk isi diasingkan dan digaul bersama 1 sudu minyak ikan. Kemudian digoreng semula untuk menjadikannya rangup..Nyum..Nyummm
2. Campurkan Jus Limau Nipis bersama Gula dan lebihan minyak ikan (2 sudu) dan ketepikan.
3. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan tuangkan air jus dan gaulkan kesemuanya...

Siappppp...senang je kan?cuma renyah skit je...tapi Sodappppppp

Korang cuba tau..!!


2 comments:

Mrs Lurve said...

ok! terteliur ag huhuhuhu

SumeSakan said...

wahh kuatnya terliur...hehehehe..x pe nant u try buat nah...cedappppppp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...