-->

Monday, November 21, 2011

Masalah Adikku Menimpa2


Google Image
Semalam dapat call dari adik aku…sian dia nanis2 story kat aku….Sebelum tuh meh nak psiko korang dulu…Korang imagine ek kalau nak beli baju kat anak/baby sekurang2nya RM25 kan sepasang…tu kira yang cikia punya…mau nak beli baju jalan…suar dan kemeja saja dah cecah RM50…tambah2 anak lelaki…baju mahai skit…kalau cam my baby perempuan senang skit…nak dapat pun senang harga pun leh lah tahan….kalau bagi yg kurang mampu..tunggu gaji baru nak dapt beli baju kat anak nih…kumpul skit2…beli pulak beli yg besar skit bleh pakai lama…dah dekat setahun nih lah baru dapat wat koleksi baju jalan2 untuk baby kan?sama lah untuk koleksi mainan..skit2 beli nak bg anak tu bermain n sekaligus belajar dengan persekitaran…

Cam adik aku nih..banyak story dia..srius aku kesian adik aku…aku rasa cerita selebihnya x yah lah aku cerita kat sini kang masing2 ngalir air mata lak..ok balik cerita pasai baju n mainan k…adik aku nih barang anak dia memang dia jaga sangat…dari anak dia lahir sampai lah anak dia nak dekat setahun nih…baju anak dia memang dia basuh tangan…sidai pun..sidai dalam umah tau…bukan apa maybe takut warna luntur kot…dah kering siap serika tau..lipat cantik2..then baru masuk almari…(tp yg lawaknya baju sendiri x pulak ye!!!!..jangan marah ahh dikkk)...Macam tu gak mainan…lepas anak dia main…mesti dia masukkan balik sume mainan dalam bakul then simpan dalam bilik…(mestilah simpan..klu x simpan bercamuk lak kan?..hehehe)..senang cakap memang dia jaga ahhh barang2 anak dia nih...konon nak bagi tahan lama kan?

Ok, berbalik pada cerita dia call semalam…sedih sangat nanis2 dia bgtau aku tau..aku apa ag…bersekang lah jugak mata ngan air mata…akak baik kate ye!..bukan bulih dengar or tengok adik kesayangan ni sorang nanis…nak tau x apa jd kat dia…?boleh plak lepas mandikan anak dia..dia bukak la almari baju anak dia nak cari baju utk dipakaikan…sekali kan…..jeng jeng jeng…kosong wei almari baju anak dia tuh….terus cuak ahhh…blank seketika…toleh kanan toleh kiri cuba cari kepastian..hadoiii mainan anak dia yg dalam bakul tuh pun jadi mangsa…yang bestnya ada lah adik aku masukkan bedak lah lotion lah together ngan mainan2 tuh…sekali mala'un tuh campak keluar bedak2 tu sume…dia just kaut mainan je….

Dalam benak dia pencuri ker?haissshh kalau pencuri biar betik…barang lain, tv x pulak di curik nye…kalau tv tu besor..enpon yg kecik tu pun x pulak dicurinya….habis tuh type pencuri jenis apa ni ek?korang boleh fikir tak?cooo korang fikir tengok….serius kami dalam kepelikan...hmmmm

Friday, November 18, 2011

Kreekkkkkkkkkkk…Krakk : Uit keta aku ka tuh?

Google Image
Salam Geng,

Meh nak story skit tragedy tengah hari tadi…memandangkan en. Hubby skang dipindahkan ke bahagian len, so setiap kali pergi n pulang kerja aku lah yang kena angkat hubby aku kat building berjiranan…so, memandangkan tengah hari kami selalu kuar makan sesame cam biasa aku pun drive la keta menuju ke destinasi…Cam biasa Parcel E ni sapa yg tau memang orang parking kiri kanan jalan (parking x ckup staff ramai kate..men hentam je lagi bulih sumbat)…elok dalam 3 building lg nak sampai My hubby call nak tanya aku dah kat ner…so, aku pun jawab lah otw..sambil2 cakap tuh agak lagi 1 building nak sampai kena lalui selekoh skit…tengah jalan aku tengok lapang tuh tetiba terdengar bunyi Kreekkkkkkkkkkk…Krakk…terus aku tersentap…tengok side mirror, back mirror ssegala…sekali ternampak ada keta jengoi baru nak kuar dari parking…terus aku ckp kat hubby (dalam phone laaa)..papa, mama xcident…pop aku letak phone…aku dah slow kete..sekali usyar lah kete tuh trus kuar parking..then wat u turn yang x berapa nak lepas pastu trus blah (memang Nampak ahh dia tergesa2)….dalam hati aku aik keta tuh cam x dak pape je..betul keh dia langgar aku nih….sampai je kat mr. hubby terus mintak kat hubby check  kete….aiyoyo memang kete aku weiii…seyes aku terkesima sebab memang aku x terasa gegaran itu (bunyi je melekat dalam kepala hotak aku)…hhehehehe…sebabkan my hubby cakap skit aje calarnya…aku pun x jadilah pasang kuda2 kononnya nak hambat (kejar) balik kereta tuh….Tapi yg tragisnya sampai je kat kedai makan sekali usyar panjang lak calarnya…seyes masa tgk fisrt tadi calaran yang kedua yg panjang lbih 10 cm meter tuh x nampak ag…heran magic kah cat itu?hehehehehe..tp x pe lah dah jadi pun kan? yg x bestnya bleh plak mamat kereta wira tuh blah gituh je…aku rasa dia x pasan ada keta dan terus kuar dari parking maka gedebengggg (selekoh kate)…sabor je lah…mujur dia kuar pelan2 klu laju skit kompom melekat la kot…

Tapi tu lah yang herannya aku ni ah..since dulu ag mesti was2 kalau bab2 xcident cam nih…bleh plak terpacul dalam kepala otak “keta aku kah itu?”…meh aku nak citer kisah lawak nih masa ngan adik aku dulu (seyes aku x leh lupa ahhh)…

Ujung tahun 2008

Masa nih adik aku baru beli keta…apa ag mmg xcited lah kami nek keta sendiri kan?adik aku lak kalau bawak keta kompom pasang lagu sampai nak pecah gegendang telinga aku nih…satu hari tuh..elok sampai je simpang nak masuk umah aku tetiba adik aku berenti keta n nak kuar tergesa2…dalam keadaan heran aku tanya lah…

Aku :  Jat..ang nak p mana?
Adik aku : Laaa kan orang hentam belakang tuh…(terus adik aku kuaq dgn keadaan yg agak marah ahh..mau dak br seminggu kot usia keta adik aku d jalan raya)
Aku : erkkk…eksiden ke?nape aku x pasan ape2pun…(dalam hati)..(terus aku dapatkan adik aku n mamat motor x dak lesen yg langgar kete kitorang tuh...)

Lepas tuh siap adik aku ckp tau “kak nuun biaq betoi x perasan…bunyi kuat kot…”alamak seyes aku sangat x pasan…apa masalah aku nih?huuuuu

Dari cerita 2 nih mungkinkah aku ni anti gegaran…adoi macam2 lak aku nih kan….?hehehehe

Wednesday, November 16, 2011

Timing Belt vs Timing Chain

Google Image
Baru2 ni aku ada cakap ngan adik aku dalam phone…dia dok citer lah ke excitedannya nak datang Putrajaya ujung bulan nih…Korang jgn x tau kami nih klu nak jmpa memang xcited tahap gaban….ni antara perbualan kami :

My Sis : Kak nuun (ni nama manja aku kat kampung…hahaha)..x sabaqnya nak jumpa t..ayah dah suruh adik repair kereta suma dah nih…
Aku : Wah nak kena repair wat menatang apa ag? (sorry orang utara mmg cakap gaya gini…hehehehe)
My Sis : Kereta adik nak kena tukaq timing belt…dah nak cukup Kiliometer dah….(Adik aku guna kete Viva)
Aku : OOO…kami pun x pernah tukaq ag pun….
My Sis : Kak nuun ni nyanyuk ka apa..MYVI mana pakai timing belt…(berdesing kat telinga aku)
Aku : Laaa akak lupa daaaaaa (mau dak dari dulu ag adik aku dok bgtau aku pasai benda alah ni..hehehehe)

Tetiba rini aku pun sembang la dgn my hubyy pasai isu nih…

Aku : Paaa..Ijat dah xcited nak mai sini..nak tukaq timing belt keta dia segala…Keta Myvi x guna timing belt kan?
My Hubby : Gunalah…sama je lah cam keta lain..(hahahaha ada gak orang yg sama cam aku..)
Aku : Papa jangan nak malukan diri papa dengan kenyataan nih…srius Myvi x guna timing belt…tapi guna apa ek..?mama lupa
My Hubyy : Ohhhhh GUNA TALI PINGGANG LA KOT…
Aku : Erkkkkk (sekali ag aku kena)

So…moral of d story jom tanya En. Google…hehehehe


So, jawapannya Kereta Myvi guna Timing Chain OK...

Jom tengok Perbezaan Timing Belt & Timing Chain kat bawah nih :


Timing BeltTiming Chain
Mengunakan belt yg bergigi... timing belt byk digunakan pada engine pada msa kini,
timing belt blh putus apabila smpat jangka hayatnya, kebiasaannya timing belt akan diganti pada
100 000 km atau 80 000 km bergantung pada keadaan, dan keburukan timing belt ni ialah
blh reput dan blh melompat gigi pada puli cam shaft, dan menyebabkan valve akan bengkok
dan engine perlu dibuat top overhaull...
timing chain adalah jenis rantai di gunakan pada kenderaan lama dan heavyduty,
kebanyakan kenderaan yg menggunakan timing chain kuat dan tahan lasak,
timing chain susah putus dan tahan lama, engine yng menggunakan timing chain seperti nissan SR20det
toyota ke 10,20,70 dan toyota unser dan b'rapa j'nis knderaan lgi...
timing chain jarang di tukar, b'banding dgn timing belt....

Tutorial : Cara nak Center Gambar Header Dalam Blog

Hi all,

Rini just nak share skit cara mudah untuk setkan CSS untuk Centerkan Header Blog...Macam2 gak tutorial aku cuba untuk buat benda alah ni..dan aku rasa yang ni yg paling senang..

Dari Ini


V
V
Ke Ini


Cara dia mudah je..

1. Dashboard > Design > Template Designer > Advance > Add CSS

2. Copy Code kat bawah ni dan lpaste kan seperti pict kat bawah ye

#header-inner img {margin: 0 auto !important;}
#header-inner {text-align:center !important;}


Then korang bleh lah preview...kalau rasa dah puas hati& seperti yang dikehendaki, korang tekan je lah "Aplly To Blog"...Maka Siaplah....Senangkan?

Tuesday, November 15, 2011

Be Prepared : Peperiksaan Pegawai Anti Dadah Gred S41

Kepada sesiapa yang bakal menduduki Peperiksaan Pegawai Antidadah Gred S41 sama cam aku 17/11/2011 nih, jom sesama kita study skit pasai dadah ni ek...ni baru skit bab pengetahuan am, isu semasa, bab sejarah, bab daya menyelesaikan masalah tuh sume kita study kot lain ye...Nway Gud Luck k untuk aku jugak...hehehe


DADAH
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.
Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

PENGELASAN DADAH
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:

OPIAT : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina

KANABIS : ganja dan hasyis 

PENEKAN : bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer
PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain

HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina

KAEDAH PENGGUNAAN
Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.

JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

NARKOTIK
Papaver somniferum - pokok popi yang boleh menghasilkan opiat.

Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat )dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.
Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:
Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina
Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

JENIS NARKOTIK
Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.

BAHAYA NARKOTIK
Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedutnya melalui hidung dan dihisap seperti rokok.
Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.

GANJA DAN HASHISH
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.
Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.
Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan.
Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tingg. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.

BAHAYA KANABIS
Kanabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulang seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung, kaki dan tangan.
Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes.
Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan. Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.
Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa. Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.

BAHAYA KOKAIN
Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.

HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung (Datura stramomium).
Dadah Halisinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di atas tumbuhan Rye.
Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin.
Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.
Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.
Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.
Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura stramonium) yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang sama pada kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan terhadap sistem saraf pusat.
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji0) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi.
Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.
Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico.
Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun demikian kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat sehinggakan penagih boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.

KESIMPULAN
Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan selamanya. 

Tanda - tanda Penagihan Dadah
Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
Apabila bercakap tidak bertentang mata.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.


Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!





Akta & Undang-undang Dadah
Bil. UNDANG-UNDANG DADAH TUJUAN AKTA
1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.
2. AKTA PENAGIH DADAH.
(RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983 - (PINDAAN) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.
3. AKTA DADAH BERBAHAYA
(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.
4. AKTA DADAH BERBAHAYA
(PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
5. AKTA RACUN 1952 Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.


Sumber : pkukmweb dan PEMADAM

Rentetan dari Bakul X Beroda

Kesian Naik Bakul Wat Tunggangan
Korang ingat x entry lepas aku NIH….disebabkan kesian tengok My baby hinggut2 bakul tuh cam nek kuda…so, kami pun bawak la dia g servey mainan untuk…disebabkan dia baru dalam proses nak belajar berdiri sendiri dan nak ngatur langkah…Mama & Papa nih decide nak beli baby walker untuk dia…ye lah kalau bleh nak bagi dia cepat dapat keberanian untuk berjalan dengan jayanya(gapo ayat nih)…Port kami pilih ialah Toys R Us kat Alamanda Putrajaya….

Satu2 kitorang test kasi dia naik tau….Yang x bestnya bleh plak lepas dah test satu persatu tuh aku Mama nih pun angkat la My baby untuk test yang lain plak…sekali dia qeyau tahap x leh control…Mama nih malu weiii…..cepat2 cari yang len plak untuk bagi dia bertenggek..Seyes comey2 toi  barang2 menan kat sini..kalau kaya kompom store umah aku penuh ngan menan si Kenit nih…Last kitorang pilih 2 in One nye baby walker (ye lah baby Sara ku ni cepat cemuih…cemuih kalau Bertukar Rupa..hehehehe)…Kiranya nak wat baby walker leh nak wat motor skut bleh…heheheheh

Sukenya dia naik nih..angkat nanis tau..sabor je lah...
Style tak
Alamakk..Mamaaaa mana satu idaman kalbu nih...

Macam lagi minat dengan singa nih...tp ruangan untuk cover time dia nak berjalan kecik..so, Papa cancel
Tolak..Tolak...Ronda satu kedai..hehehehe
Kalau dah cemuih ginilah gayanya..hehehe
Sibuk tolong Papa pasang time kat umah
Yeahhhhh dah siap...bleh rempit dalam rumah...hehehehehe

 

 

Monday, November 14, 2011

Tarikh 111111 – Tarikh Cun..Congrat To My BIL

Yeahhh tarikh keramat nih maka bertambahlah kaum hawa baru dalam family mertua aku….bertambah lah geng kami nak cot cet cot cet kat dapur time masak kat umah mertua t….Hari nih bergelarlah Sureena Ridzuan Isteri kepada Amir Hamzah dengan hanya sekali lafaz. Papepun tahniah to both of u k…moga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat….jadikanlah ikatan ini penuh dengan bunga2 cinta k….Jom layan Pict sepanjang majlis berlangsung di Masjid Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.

Sukanya anak mama tuh...heran nih..
Heeeeeeeeeeeeee
Di Lobi Masjid
My Hubby & Sara
Bakal beras dah menjadi Biras..hehehe..Yeahhh dah ada geng
Nak Jugak
Adoiii Sara x nak tengok Camera lak...x menjadi layuran bunga tuh
Like ;)
Pengantin Lelaki Tengah kusyuk dengar khutbah
Yang sebelah kanan tuh bukan pengapit ye...kebetulan nikah sekali gus 2 pasangan
Hantaran dari Pihak Lelaki
Bersama Atuk, Cik Ana, adik n sepupu...comel aje sepupu aku nih yang tudung hitam tuh...mulut becok
Ahaksss...renyihan si pengantin lelaki...gemuruh ke x sabor nih?
Dua2 pengantin lelaki nih kusyuk dengar khutbah nikah
Ooooo patut la my hubby x dok sekali dengan I...ropanya g duduk dekat pengantin pompuan sorang lagi ek...nak kena nih...hehehehehe
Ok...1, 2, 3 Sediaaa..hulur tangan dan sekali lafaz sahhhh
Ni baca apa ek...aku dah lupa daaaaaa.....
Hehe my adik ipar yg laki tuh...n yang girl tuh my bakal biras...tp lambat ag kot...masing2 stdy ag...belajar rajin2 dulu k...
Duit hantaran dan gelang batal air sembahyang
Terimalah Cek RM 11,111 dari ku untukmu
Wah berserilah tangan tuh dihiasi gelang yang membawa seribu makna tu yekkkk
Senyum aje adik ipar aku nih....tanggungjawab dah besor ye dikkkk

Wahhh sangat touching time nih...teringat time I kawin dulu malu2 miowwww..ekekeke
With my abah & mak mertua
Tido lak Sara nih...
Pengantin With Family belah Biras
Pict With family belah Hubby...Kesian sara kena paksa panggung kepala dalam tidur...ekekeke
Sempat ag dalam dewan makan...pengantin tinggi sangat kena bongkok skit yeee...
Sara with auntie baru....Suka yeee!!!
Geng baru dan bakal geng...hehehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...