Salam semua,
Disebabkan aku tengah mengalami sakit gusi yang amat sangat. So, aku google skit tentang geraham bongsu nih. Entri kali ni aku nak ceritakan skit lah pasal Gigi Geraham Bongsu. Mesti
antara korang nih pernah berpengalaman dalam proses pertumbuhan gigi
nih kan?.
Bagi yang tak tahu tu meh kat sini aku ceritakan serba sedikit apa yang
berlaku bila gigi tu tumbuh.
Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada usia sekitar 18-30 tahun. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada usia sekitar 18-30 tahun. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
- Kesakitan
- Jangkitan
- Kebengkakan
- Penyakit gusi
- Nafas berbau
- Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
- Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
- Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
- Kebengkakan muka
- Kesukaran untuk menelan
- Kesukaran membuka mulut
- Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
- Makan ubat penahan sakit.
- Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
- Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
- Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
- Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
- Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
- (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
- – gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi). (b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
Sumber : http://www.infosihat.gov.my/
Tapi dalam kes aku nih...Doktor klinik swasta cakap..ruang x ckup n perlu minor surgery...Tapi setelah dibuat rawatan di klinik kerajaan...lain pulak solution yang diberi...nasihat doktor bertahan je..sebab geraham aku naik secara tegak n dah 70% tumbuh...insyaallah bleh naik dengan jayanya...cuma aku perlu bertahan and amik masa...huaaaaa bleh ke aku bertahan...bengkak sampai sakit kepala dah nih..yang lagi x best sebab kan banyak sangat amik ubat tahan sakit, ubat bengkak and antibiotik segala...penghasilan susu untuk baby ku dah makin berkurang....confuse seketika tau....
No comments:
Post a Comment