-->

Friday, August 26, 2011

Haram bekal, jual bebola agar-agar

Sumber : Berita Harian

Bebola Agar-agar pelbagai warna diharamkan

Budak anggap sebagai makanan

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini. 



Mula2 aku tgk tajuk nih ingatkan sebab mengandungi benda terlarang..rupanya sebab sifat bebola kristal nih sendiri...Yup kalau fikir lojik memang la kan...budak2 mengutip je kerjanya..semua nak di makannya...mana lah tahu kan..time kita tengah proses2 nak rendamkan  tuh terjatuh la sebijik dua atas lantai dan dikutipnya...adoiiii...mintak simpang lah terjadi kat my little Qaisara...aku pn guna gak benda alah ni....cam ne nak buat ek...kena buang ke?tp yang dah kembang x pa kot no...hehehehehe...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!!!



“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin” dari kami sekeluarga kepada semua pembaca blog SumeSakan nih.
Dihari raya ini marilah kita saling berkenalan, bermaafan dan istiqamah dalam setiap apa yang kita lakukan.

Lagu comel nih ditujukan buat semua pembaca.."Selamat Hari Raya"




Mode Raya Dahhh


Pejam celik pejam celik dahh 26 ramadhan kan..mean 3 hari lagi le kita nak beraya….sume da mode raya…bangun nak dtg kerja td pun malas je sebab ramai dah cuti…jeles I..memandangkan cuti aku yang dah tinggai ciput rajinkanlah jugak diri….Mau pulak masa anto My Little Sara td..dia da pandai nangis nak ikut…kalau dak buat dono je dia..lagi lah mama nih rasa malas…hehehehehe…seb baik Ummi berjaya pujuk bucuk mama tuh…confirm rini sembang2 raya je kat ofiice..kja taruk tepi…hehehehe

Ok, sebelum2 nih aku ada mengadu kat my hubby..

Aku : Papa, x rasa cam nak raya pun kan?cam biasa je…kalau kat kampong rasa skit..
Papa : (mengiyakan aje)

Pastu minggu lepas hubby ada beli pelita..maybe nak bagi ada suasana raya kot….so, setelah cukup kelengkapan apa yang patut maka tereng teng teng….Inilah hasilnya…

Yeah..da siap pasang
Menjelang Hari Raya..hehehe
Khusyuknya anak mama tengok api..hehehe
My Happy Family
Baru semangat skit kan?tima kasih papa…mama sayang papa…

Teringat waktu single mungle dulu…dlm 7 hari lagi menjelang raya kompom aku dan adik aku da sibuk2 pacak kayu untuk pasang pelita…pastu time tuh lah anak2 sedara aku berkumpul main bunga api, mercun segala…best sangat…ada satu kes tuh…jiran aku main mecum roket..sekali salah tala daaa..terus terbang dannn…gedebummm kena bas yang lalu di jalan depan umah….hahaha lari bertempiaran takut kena marah….hmmm kat Bandar nih x de la kes2 nakal cam tuh…tp tu tidak disengajakan k…hehehehe

Ok berbalik kepada persiapan raya nih..semalam balik dari kerja sempat ag singgah mydin…my hubby la yang sibuk nak purple kan rumah aku tuh…dia cari alas meja dan table runner yang serba kepurplelan…yang bestnya semalam gak dia pasang…nak bangkitkan suasana nak raya katanya…ok I Like…sekali lagi thanks Papa…Papa banyak tolong mama dalam segala segi…Mama sayang Papa sekali lagi…hehehehehe

Thursday, August 25, 2011

Jom Tambahkan Follower

 Sapa nak join klik sini ye

Ok memandangkan i'm still new dalam blog memblog nih, rasanya elok lah saya amik kesempatan dengan segmen yang macam nih bagi menambahkan kenalan di alam maya nih.

Jom sama2 amik peluang..

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?


Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dia selalu menyayangi kita x kira di mana jua dia berada

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab kita dan dia sentiasa berkongsi suka dan duka bersama

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dia yang memahami suka duka kita

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dia yang selalu menyapukan air mata kita ketika kita dalam kesedihan

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dia yang selalu pinjamkan bahu dia ketika kita menahan sedu sedan

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dia yang banyak menjadi tulang belakang kita dalam apa jua yang ingin kita lakukan

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dialah yang serin menghulurkan bantuan dalam urusan rumahtangga ketika kita dalam kesibukan

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dialah yang membuatkan kita hidup dalam penuh kesempurnaan

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dialah tempat anak2 bermanja ketika kita sibuk melakukan tugas seharian

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dialah yang akan menjaga kita ketika kita dalam kesakitan

Kenapa kita perlu sayang pasangan kita?
Sebab dia lah yang akan menjadi tempat rujukan apabila kita buntu dalam sesuatu keputusan

Dannn

Kenapa saya sayang pasangan saya?
Sebab semua yang terjawab di atas adalah jawapan bagi saya tentang pasangan saya…You are the best Dear…Luv u So Much..

Hargailah pasangan kita selagi kita masih ada peluang untuk melakukannya..terimalah dia seadanya dan kekalkanlah perasaan kasih sayang seperti di awal perkahwinan selamanya..Insyaallah bahagialah rumahtangga hingga ke akhirnya…AMINNNN

Gulai Daging Ceroi + Buah Labu



Ni fevret aku nih…selalu request mak kat kampong buat…pastu sambil2 kacau tanya mak…

Aku : mak da siap kan nih..?
Mak : ahah da siap

Terus aku amik mangkuk untuk meratah..terus mak bising..

Mak : ang tu ka?esok besa dok wat perangai cam nih kat umah mertua…
Aku : Dak aih…nant cover lah…

Tp seyes terikut k…sama je aku dulu dan sekarang…nasik baik mak mertua sporting…hehehehehe

Ok, jom tengok resepinya..


Bahan-bahan

Buah labu (dipotong ikut style masing2)
Daging (dipotong kecil)
Santan (1 mangkuk)
Minyak (4 sudu)
Garam


Bahan Kisar (lebihkan air)

1 paket rempah kari daging (Baba’s)
Bawang Putih (3 ulas)
Bawang Besar (1 biji, kalau besar setengah je ye)


Bahan Tumis

Bawang Putih(2 ulas)
Bawang Merah (setengah labu)
Kulit Kayu Manis (sebatang)
Bunga Lawang (2 kuntum)


Cara-cara

1. Masukkan minyak kedalam periuk dan panaskan
2. Masukkan bahan tumis…tumis sehingga naik baunya (kekuningan)
3. Masukkan bahan kisar
4. Masukkan daging..tutup periuk dan biarkan daging sehingga empuk
5. Masukkan santan
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Masukkan buah labu..tunggu sehingga buah labu masak dan boleh la tutup api..

Siaplah resepi Gulai Ceroi nih..

Info : Untuk pengetahuan korang buah labu nih bagus tau untuk tubuh badan kita..banyak khasitnya…salah satu yang aku tau, ia bagus utk membersihkan dalaman..selebihnya korang boleh lah google…aku x sempat lagi..hehehehe

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya



Sesapa nak join klik sini ye..

Kuih raya kegemaran sepanjang zaman saya ialah.....


Kuih Bangkit Kelapa
Gemar betul dengan kuih nih...fisrt berkenalan dengan kuih nih time kerja kat Toray Plastik dulu...Setiap tahun kira kuih wajib lah dibeli (bukan buat ye..x reti). Suka rasa dia lemak manis...dulu x suka...bila dah kenal suka..x kenal maka x cinta...hehehehe...
Sebab tu amik peluang nih nak tambah kenalan baru dan dapat berkongsi rasa, pendapat dan lain2 lagi...

Wednesday, August 24, 2011

Duit Claim Cermin Kereta

Hmmmm ni entry dari peristiwa yang berlaku minggu lepas...sapa termiss baca boleh klik gambar bawah ni ek..

http://sumesakan.blogspot.com/2011/08/dugaan-kami-di-bulan-puasa-dan.html

Total pasang cermin + tinted, kami claim dari company berkenaan RM550. Yang bestnya time amik resit tuh tak de pulak dia cakap apa2. Yang dia cakap claim boleh dapat petang nih..insyaallah katanya.

Imbas Kembali...

Masa peristiwa tuh..mamat tuh janji just ganti cermin dan kasi resit..nanti diorang bayar. So, memandangkan kena pasang tinted lak..So, my hubby pun call lah pihak berkenaan tanya tentang kos tinted pulak macam mana..then dia cakap.."tak apa, u ganti saja..nant kasi resit kita proses". Memandangkan dia da ckp gitu, kami pn kuar la skit budget utk tinted dengan harapan leh dapat balik duit kan?

Keputusan sekarang

Lepas je balik dari amik resit..terus dia call my hubby. Berdasarkan cerita dari my hubby, si mamat bangla tuh mintak untuk bayar RM250 je...siap merayu2 lagi kesian kepada si pelaku..disebabkan nak bayar ganti rugi nih gaji dia terpaksa dipotong..pastu siap cakap lagi...gaji si pelaku tuh 600+ je...kalau bayar 550, apa dia mau makan...memang la kesian kan?dia pn x mintak jd macam tuh..kami pn sama x mintak jadi macam tuh..tambah2 menjelang raya nih....So, setelah di tambah tolak, bahagi darab..last mat bangla tu agree nak bayar RM350...x pe lah redha je lah..sama2 rugi kan?tapi kalau terjadi sekali lagi..x dak chance k...kejam x kenyataan...hehehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...