-->

Monday, April 16, 2012

Pneumonia VS Tibi : Gud Info

Baru2 nih aku ada melawat Bos aku yang admitted berikutan daripada jangkitan dalam paru2nya akibat dari batuk yang berpanjangan. Pesanan dari beliau batuk jangan dibiarkan..cepat2 lah jumpa doctor kalau semakin teruk takut jangkitan pada paru2 seperti ini terjadi..sebabkan aku nih pun bukan jenis suka makan ubat n x alert skit bab2 kesihatan nih tu yg try google2 carik...untuk persediaan...saja share info nih sebab kes dah terjadi depan mata…Tapi bos aku bukan pengidap tibi hokay…hehehe..ni peringatan untuk aku dalam memantau kesihatan my little Qaisara jugak…Jom baca artikal ni k…

Ni Pict Lawatan Kitorang Ke Sepital..Moga Pn. Dewi cepat sembuh ye...AMINNN

Ambil antibiotik, elak berjangkit

LEE (bukan nama sebenar) mengalami batuk-batuk. Seperti orang lain, pada mulanya dia hanya membiarkan saja. Selepas lima hari batuk lelaki berusia 30-an ini masih tidak pulih, malah bertambah teruk, dia mula mengambil ubat batuk yang dibeli di farmasi.
Tabiat merokok yang menjadi amalannya sedari zaman remaja tetap diteruskan. Walaupun orang di kelilingnya menyarankan agar dia berhenti, namun dalam hatinya berkata, “arghhh, mana mungkin peneman setia yang satu ini ditinggalkan.”

Hampir dua minggu mengalami batuk berkahak dan ubat yang dibeli tidak menunjukkan kesan, Lee terus berjumpa dengan doktor di klinik biasa.

Doktor memberinya ubat berserta antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa lima hari. Mungkin dengan pemakanan ubat yang betul, batuk yang dialaminya berkurangan selepas dua hari.
Yakin dengan kesihatan diri, Lee tidak menghabiskan antibiotik seperti yang dipresk
ripsi oleh doktor. Pada fikirannya, dia sudah sembuh. Lagi pun dia tidak rasa penyakitnya serius, sekadar batuk biasa saja.

Beberapa hari selepas itu, penyakit batuk-batuknya datang kembali. Bukan setakat batuk, kadangkala dia juga merasa seperti sesak nafas dan sakit di bahagian dada. Dia juga seperti rasa mahu demam.
Risau dengan keadaan yang dialami, Lee mendapatkan pandangan doktor pakar. Alangkah terperanjat apabila doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan paru-paru yang serius. Disebabkan jangkitan yang dialami tidak dirawat dengan baik, bahagian paru-parunya juga mengumpul cecair menyebabkan ia bengkak dan menjadi radang.

Sebenarnya masalah yang dialami oleh Lee merupakan perkara biasa yang berlaku. Ramai yang tidak jelas mengenai pneumonia dan menganggap ia menyerang kanak-kanak dan warga emas sahaja. Hakikatnya, mereka yang masih muda turut berisiko.

Pensyarah dan Pakar Perubatan Respiratori, Prof Madya (K) Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin dari Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, jangkitan paru-paru atau istilah yang lebih tepat lagi pneumonia berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman yang berpunca daripada bakteria, virus, fungus atau parasit pada bahagian paru-paru.

“Bakteria adalah punca yang paling biasa seseorang diserang pneumonia. Antara bakteria yang dikenal pasti sering mengundang masalah ini adalah streptococcus pneumoniae, klebsiella pneumoniae dan haemophilus pneumoniae. Satu lagi bakteria atypical yang menyerang bayi, kanak-kanak dan warga emas pula dinamakan mycoplasme pneumoniae,” kata beliau.

Jelas beliau, pneumonia di kalangan kanak-kanak dan warga emas yang disebabkan jangkitan bakteria memerlukan rawatan antibiotik sekitar lima hingga 10 hari. Jika sistem imunisasi badan mereka kuat, hampir 70 peratus daripada kes tidak memerlukan rawatan di hospital. Begitu juga dengan orang dewasa.
Selain bakteria, virus turut dikenalpasti sebagai punca pneumonia seperti influenza, parainfluenza dan pelbagai lagi. Menurut beliau, biasanya pneumonia yang disebabkan virus mengambil masa tidak lama iaitu sekitar tiga hingga empat hari dan andai berpanjangan, ia pasti berpunca daripada bakteria.
Risiko
Pneumonia sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak kira usia. Walaupun ia lebih biasa menyerang bayi, kanak-kanak dan warga emas, namun golongan muda juga tidak terlepas daripada dijangkiti masalah ini terutama mereka yang mengalami masalah paru-paru kronik (COPD), asma penghidap penyakit kronik lain seperti kanser, leukimia dan sebagainya.
Menurut Prof Madya Dr. Nor Adina, 30 peratus daripada pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital kerana masalah yang berlaku serius.

“Sebenarnya, pneumonia boleh mengancam nyawa andai tidak dirawat dari peringkat awal dan peratus kematian dianggarkan sehingga 12 peratus,” katanya.
Tambah beliau, tabiat merokok memburukkan keadaan pneumonia seseorang. Perokok katanya, lebih terdedah kepada COPD menyebabkan paru-paru mereka menjadi lemah.
Jelas beliau, lain individu lain simptom yang dialami oleh mereka. Ada yang mengalami batuk berkahak kuning atau hijau, ada yang batuk sehingga berdarah, sakit di bahagian dada, sesak nafas, demam dan berpeluh ketika malam.

Biasanya serangan pneumonia didiagnos melalui beberapa cara. Bagi pesakit yang mengalami simptom, doktor akan melakukan pemeriksaan sinar-X bagi mengesan sebarang keganjilan pada paru-paru. Selain itu, ujian kahak juga boleh dilakukan. Namun, ujian ini jarang dijalankan dan menurut Dr. Nor Adina, hanya 50 peratus daripada ujian mampu memberi keputusan yang tepat.
“Biasanya doktor akan memberi rawatan berdasarkan kepada simptom dan juga sejarah pesakit,” katanya.
Namun seandainya ia tidak berkesan, pemeriksaan selanjutnya menggunakan CT scanner akan dijalankan.

Pneumonia dan tibi

Ramai yang keliru antara jangkitan paru-paru atau pneumonia dengan tibi.
“Tibi sebenarnya merupakan sebahagian daripada jenis-jenis jangkitan pneumonia. Biasanya pneumonia yang berpanjangan kita klasifikasi sebagai tibi melihat kepada simptom dan sejarahnya,” kata beliau.
Rawatan tibi katanya mengambil masa yang panjang iaitu melebihi enam bulan. Ia berbeza dengan pneumonia dari segi jenis ubat yang diberi. Biasanya ia merangkumi lima jenis antibiotik yang perlu diambil sepanjang tempoh itu.
Rawatan tibi kata beliau kadangkala memberi kesan sampingan kepada pesakit seperti muntah, sakit perut, kuning.

Pencegahan

Prof Madya Dr. Nor Adina berkata, setiap individu perlu menjaga kesihatan mereka dengan teliti. Amalan kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum melakukan sebarang aktiviti adalah asas kepada kesihatan menyeluruh.
“Selain itu bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan disahkan pneumonia, sila pakai topeng bagi menghalang jangkitan kepada orang lain walaupun ketika itu bukanlah musim wabak tersebut berlaku,” katanya.
Jelas beliau, kesilapan kebanyakan masyarakat adalah hanya mengambil langkah berjaga-jaga ketika penyakit tersebut heboh diperkatakan. Sebaliknya, penyakit berjangkit seperti itu tidak mengenal musim atau masa.
Pesakit perlu mengambil ubat seperti yang disarankan doktor dan bukan berhenti selepas merasa batuk semakin pulih.

Vaksin pneumokokal boleh diambil sebagai langkah pencegahan daripada penularan penyakit ini.
Kronik
Penyakit pneumonia yang tidak dirawat pada peringkat awal boleh menyebabkan kuman pneumonia agresif dan mengundang keadaan seperti pengumpulan air di dalam atau luar bahagian paru-paru.
“Sebenarnya paru-paru kita memang menghasilkan cecair sebanyak 5cc setiap hari sebagai pelincir semula jadi organ itu. Namun bila ia dijangkiti pneumonia, penghasilan cecair menjadi lebih banyak daripada biasa dan menyebabkan ia terkumpul di bahagian tersebut,” katanya.
Bila keadaan ini berlaku, doktor akan memasukkan tiub bagi mengeluarkan cecair dari paru-paru. Seandainya ia tidak berkesan, maka langkah selanjutnya iaitu pembedahan perlu dilaksanakan.

Menurutnya, doktor akan memeriksa keadaan paru-paru itu sendiri sama ada terdapat kelainan seperti radang (bengkak). Jika ada, bahagian yang terjejas akan dibuang melalui pembedahan.
Menurut Prof Madya Dr. Nor Adina, paru-paru masih boleh berfungsi sepenuhnya walaupun ia dibuang sehingga 60 peratus.
Namun individu tersebut mungkin sukar melakukan aktiviti lasak lain kerana merasa sukar bernafas.
“Bagi mereka yang bekerja biasa yang memerlukan hanya duduk di dalam pejabat, mungkin tidak rasa kesannya,” kata beliau.

4 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

ade mcm2 sakit skang kan? :(

IntaNBerliaN said...

mmg kne ambik bert kan walupun kita rs mcm kita skit biasa2 je kan..

SumeSakan said...

Tu lah virus da educated...hehehehehe

SumeSakan said...

IntanBerlian : Yup kekadang ygkita ambik sambil lewa tu lah nak mnguji kita...sekarang nih apa yg aini pegang...klu demam lebih 3 hari je..klu bleh nak check darah...takut sangat dengan kes2 sekarang kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...