-->

Wednesday, April 18, 2012

Jom Tingkatkan Daya Ingatan

Sejak dua menjak nih…terasa sangat daya ingatan macam dah x tajam macam dulu…kekadang tuh terasa sangat kenapa daya ingatan aku nih lemah sangat…nak pulak sebilik dengan orang yg tahap ingtana dia memang A ah…siap date aku cuti, date aku mc..ape2 je lah dia pulak yg tolong ingatkan….giler ahhh seronoknya kalau dikurniakan daya ingatan macam tuh…ke sebab lepas bersalin ni banyak urat putus…tambah lak kes aku ni ha c-zor…kompom la lagi banya urat serta saraf yg putus…cehhh bleh ka alas an tuh…adoiii kadang nka gak kaji kenapa jadi begini dan apa harus aku buat untuk ubati daya ingatan aku nih…kang x pasal2 x dan menopause dah nyanyuk…adoyai takut ahkak hokay….sebabkan rasa ingin tahu yg memuncak memang terus lah aku berdepan ngan pakcik google ni ha cuba cari apa yg patut….terjunmpalah aku beberapa tips yg dapat dikongsi di sini :


Google Image
Anatara Tips Yang Boleh Meningkatkan Daya Ingatan : 

- Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

- Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

- Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

- Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

- Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

- Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Aku ada gak terdengar permainan SUDOKU leh membantu kita meningkatkan daya ingatan…time  pregnant dulu memang hari2 lah aku main..salah satu sebab nak rangsang perkembangan anak aku dalam perut sekali…kasi otak memikio je selalu….ingat nak sambung main lagi lah kot2 bleh kembalikan ingatan aku macam time belajar dulu…

Ke korang ada tips selain makan kurma dan kismis….seyes aku nak berubat nih…adoyaiiii



16 comments:

Mrs Lurve said...

dear,
I pun rasa yg sama gak, xtau nape, sedih tul rasa. Pelik pun ada, mcm tumpul sungguh ingatan I skrg nie

Kakzakie said...

Kalau kakak bab bersenam tu memang habislah... asyik tak terbuat selalu...

SumeSakan said...

Mrs Lurve : Btol dear...kekadang cuba positif ujian allah untuk diri sndr nih...chewah...tp klu bleh nak lah berusaha untuk pulihkan keadaan...jom kita try kot2 leh membantu...hehehehe

Kakzakie : Hahahaha...rhsia ni kakzakie meanri tuh leh kira bersenam gak kan?hahahahaha

IntaNBerliaN said...

sy bagus entry nih utk sy... daya ingatn yg lemah...hihi

noor said...

kena berfikir utk aktifkan otak salah satu cara
gunakan otak kita...otak kanan dan kiri
hehehehhe ni pun sbb bc artikel ..nor pun sama gek kdg tuh cpt lupa

Cenderahati-Perkahwinan said...

orng kata jngan mkn organ dalaman haiwan seprti hati ayam, nanti cepat lupa.

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

bagus tips ni... ispun selalu lupa banyak benda... jenuh (^___^)

zachflazz said...

bagus banget. pas dengan yang saya butuhkan. ijin saya meng-copy-nya ya?

zachflazz said...

bagus banget. cocok untuk saya. saya ijin meng-copy ya?

SumeSakan said...

noor : thanks noor berpikir kureng...berangan selalu...hehehehe

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ : tu lah dh makin berusia nih susah lak nak menghafal nih...heheheh

zachflazz : copy aja...

IntaNBerliaN said...

singgah tinggal jejak :-)

IntaNBerliaN said...

lama dh x update yer.. bz ek :-)

SumeSakan said...

ahah sangat bz pn. intan...(hahaha bz lah sangat)...BW pun singgah kat blog yg selalu g je...tu pun klu ada masa...hehehehe..thanks sudi gak singgah sini wlupun x update...hehehehe

BungaTulip said...

perkongsian yang baik..salam kenal SS datang ziarah kat sini :)

juniorforce said...

thanks...nice info

SumeSakan said...

Juniorforce : ur welcm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...