-->

Friday, February 10, 2012

Solat Sambil Mengendong Bayi ~ Hukumnya

Nak share skit tengok dari FB td...rasanya ramai gak x tahu...aku pun seyes baru tau...bukan apa bila dah ada anak nih memang mak ayah x terlepas lah dari prob cam ni kan?Rupanya ada penyeesaiannya...dengan syarat, syaratnya dipatuhi....


Kat sini aku sertakan gak link info yg diorang kasi gak...

Soalan

Bolehkah solat sambil mengendong bayi?

Jawapan

Di dalam mengerjakan solat, solat seseorang dikira sah apabila memenuhi beberapa syarat sah solat dan di antaranya ialah mesti berada di dalam keadaan yang suci daripada hadas dan najis.
Oleh yang demikian, solat seseorang ibu yang mengendong anak kecilnya semasa bersolat adalah sah dengan syarat anak kecil tersebut berada di dalam keadaan yang bersih daripada najis (lampinnya tidak ada air kencing ataupun tahi) disepanjang tempoh beliau mengerjakan solat.
Namun begitu, jika semasa beliau mendirikan solat anak kecilnya kencing ataupun berak, maka solatnya adalah terbatal kerana beliau dikira sebagai orang yang sedang menanggung najis. Orang yang menanggung atau membawa najis adalah tidak memenuhi syarat sah solat.
Dari itu, ibu yang mengendong anak kecil yang terdapat padanya najis semasa bersolat adalah tidak sah solatnya. Wallahu 'Alam

6 comments:

Anonymous said...

ooo baru faham...

SumeSakan said...

tu la tuh..ni baru tau...tp confuse gak bab letak angkat tu benornya...cam ne gayanya kan?

Unknown said...

is ada jumpa buku untuk solat unik ni... macam2 jenis ada kalau tau caranya kan... indahnya Islam~

SumeSakan said...

itulah tuh....keindahannya makin terasa andai kita semakin mendekatkan diri padaNYA...tu yg kata tuh xkenal maka x cinta...hehehehe

IntaNBerliaN said...

eh.. saya pun baru tahu.. emmm tapi cam xconfident plak dukung baby ms solat.. bkn pe, kang menangis.. haru jdnya... tp xtau la kan.. sbb xpnh try

SumeSakan said...

tu la tuh..solat biasa pun nak dapat khusyuk susah kan?hmmmm x tau lah klu anak qeyau2 cam ni lak cam na...tp x tau la kan x biasa buat...huhuhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...