-->

Thursday, August 4, 2011

Pengurusan Susu Ibu

Sebelum tu meh kita tengok dulu istilah2 penting bagi ASI(Air Susu Ibu) nih..

EBM :- Expressed Breast Milk
Fresh EBM :- Susu yang baru diperah
Chilled EBM :- Susu yang disimpan dalam peti sejuk (tapi bukan bahagian beku tau). Selalunya susu nih akan menjadi 2 lapisan, cair dan pekat...jangan salah faham ye yang ni bukan basi tau.
Frozen EBM :- Susu yang dibekukan

Rezeki Anakku

Bekas yang sesuai untuk menyimpan ASI :
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • bagi bekas dadih, ia hanya boleh digunakan sebanyak 3 kali simpanan je

Ketahanan Fresh EBM dalam suhu bilik :
  • Di dalam suhu bilik (27 hingga 37 °C), disarankan tidak melebihi 4 jam (Bilik x ber-AC)
  • Di dalam suhu bilik (15 hingga 25 °C), tahan sehingga 6 ~ 8 jam (Bilik ber-AC)
  • Tapi, bagi susu yang dipanaskan, disarankan tidak melebihi 2 jam. Kalau masih berbaki eloklah dibuangkannya.
Catatan : jika ada lebihan susu semasa minum dan berniat untuk memberikannya semula, sebaiknya simpan lebihan susu itu di dalam peti sejuk dan tidak dibiarkan berada di dlm suhu bilik saja. panaskan semula susu apabila hendak memberinya kepada bayi kemudian (jangka masa tidak lebih 2 jam). Tapi kalau boleh dielakkan. Ini kerana, susu yg telah diminum oleh bayi boleh mengandungi mikroorganisma daripada air liur atau mulut bayi, oleh itu jika dibiarkan pada suhu bilik, pertumbuhan bakteria adalah lebih pesat berbanding jika disejukkan semula (suhu sejuk merencat pertumbuhan bakteria).


Ketahanan ASI dalam freezer/fridge :
  • Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam (jika kurang yakin boleh lihat tempoh ketahanan ice pack yang digunakan)
  • Peti ais (1 pintu) – 2 minggu.
 Nota: Setiap kali kita membuka peti ais 1 pintu, keseluruhan suhu peti ais akan berubah. Pastikan masukkan susu dibahagian dalam dan bukan di muka pintu untuk kurangkan perubahan suhu.
  • Peti ais (2 pintu) bahagian freezer – Boleh bertahan selama 3 bulan.
          bahagian freezer – Boleh bertahan selama 3 bulan.
          bahagian Chiller- Boleh bertahan sehingga 3 – 5 hari sebelum dibekukan. 24 jam selepas
          dibekukan dan dicairkan.
  • Deep freezer – Boleh bertahan 6 bulan.

Bagaimana nak simpan ASI dengan betul :
  • Pastikan bekas yang digunakan bersih dan tertutup (pastikan bekas dibilas dengan air didih dan dikeringkan sebelum digunakan)
  • Simpan ASI dalam kuantiti yang mencukupi untuk sekali penyusuan (supaya mudah dikendalikan)
  • Catat tarikh perahan pada bekas penyimpanan sebelum menyimpannya
  • Simpan ASI di bahagian sejuk dahulu sebelum dibekukan (Suhu perlu disamkan ntuk campuran susu dari botol berlainan)
  • Jangan memenuhi bekas simpanan kerana ruang diperlukan bagi proses pengembangan apabila susu dibekukan.
  • Elakkan penyimpanan ASI diabhagian pinu peti sejuk kerana suhu tidak stabil akibat dari kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk.
  • Cuba menyimpan ASI di bahagian paling atas dan  paling dalam untuk mendapatkan suhu yang lebih stabil.

Berdasarkan Pengalaman Sendiri dan Geng2 Perahan :
  • Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan dalam peti sejuk atau cooler bag yang berisi ice pack. Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana bimbang mencair jika lewat disimpan).
  • Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau susu da mencair perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam dan ada juga berpendapat kalau cair sikit je boleh dibekukan semula tapi kalau dah totally cair tu kena habiskan dalam masa 24 jam lah. 
  • Utk menentukan susu masih elok adalah lebih baik merasa sedikit susu tersebut sebelum memberi kepada bayi, jika rasanya masam bermakna susu sudah tercemar.
  • Pastikan susu yang dibawa pulang dari pejabat dimasukkan dalam cooler bag (seeloknya berisi ice pack) untuk memastikan suhu di dalam kereta menyamai suhu bilik di pejabat kerana jika suhu persekitaran terlalu panas bimbang susu akan rosak.

4 comments:

- AZIE - said...

makk aii...byknya stock sara? wahh kagum..
nti jgn lupa perturun ilmu hehehehe

SumeSakan said...

insyaallah dear...x de petua sangat pn...cumam semangat kena kuat...tu je...insyaallah tips lepas nih...benda baik elok dikongsi...hehehehehe

- AZIE - said...

serius..byk giler stock sara..
mcm nie kalo balik kmpg, sara duk dgn aunty yang seminggu pun xpe hehehehe

SumeSakan said...

alhamdulillah...seyes ke auntie yang ak jaga sara nih...sara dah pusing satu umah tau...takut kurus lak nant aunty yang...hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...