-->

Wednesday, August 3, 2011

Ibu & Ayah vs Anak


Anak

Sedarkah kita apabila kita sudah menjelang dewasa dan dah pandai mencari duit sendiri macam2 bermain dalam kepala kita…nak beli itu, nak beli ini, nak jadi itu, nak jd ini…semua nak puaskan hati masing2..dalam masa yang sama pernah kah kita muhasabah diri..ingatkah kita kepada kedua ibubapa kita…pernah kah kita terpikirkan apa kemahuan mereka, apa yang mereka harapkan dan apa yang perlu kita sediakan buat mereka. Contohnya, bila menjelang hari raya, tentu kita sibuk nak buat preparation untuk kelengkapan kita. Tapi dalam masa yang sama ada tak anak2 yang terfikir untuk menyediakan kelengkapan untuk ibu dan ayah sempena menyambut aidilfitri. Ya, masa ini syaitan kadang2 datang menghasut  (salahkan syaitan pulak)

·    * Ala, insyaallah ibu & ayah masih mampu beli baju & barang2 lain sendiri. X pun mungkin kaklong, kakngah, abang cik beli. Lagipun aku nih kurang mampu..kalau aku beli, nant x dapat lah aku nak…(macam2 nak buat).

Sedangkan mak & ayah tuh terus menanti dan menanti. Anak2 pula saling mengharapkan adik beradik yang lain menghulurkan sumbangan.

Bila tiba 1 Syawal (Selepas bersalaman).

Anak : aik mak & ayah x pakai baju raya
Mak / ayah : hmmm baju ni elok lagi buat apa nak membazir beli
Anak : oooo

Pastu….

Kaklong : aik mak & ayah x pakai baju raya
Mak / ayah : hmmm baju ni elok lagi buat apa nak membazir beli
Kaklong : oooo

Pastu….

Kakngah : aik mak & ayah x pakai baju raya
Mak / ayah : hmmm baju ni elok lagi buat apa nak membazir beli
Kakngah : oooo

Begitu lah seterusnya….sedihkan…cuba bayangkan kita di tempat mereka…hanya jawapan yang sama mampu diberikan hanya kerana ingin menjaga hati anak2…anak2 itu adalah sebahagian dari kita. Fahamkah kita apa kemahuan mereka, apa yang tersembunyi di benak mereka..kadang2 mereka terpaksa kuburkan kemahuan mereka hanya kerana ingin menjaga hati & perasaan anak2..walaupun jauh di sudut hati mereka merintih..wahai anak2ku…fahamlah kamu atas tanngungjawabmu, kesusahan& kepayahan ibu bapa mu ini….kenangilah pengorbanan kami….tp anak2 still macam tuh…tahun ni sedih pastu tahun depan lupa lagi…huuuuu harap kita x tergolong dalam org yg macam tuh


Ibu & Bapa

Ibu : Abang, ibu beli baju kat baby
Ayah : laaa kan dah beli hari tuh…nape beli lg..banyak sangat dah
Ibu : Ala..cantik la Abang geram la..x leh tengok..lg pn bukan orang lain nak pakai anak kita jugak kan?

Dalam hati masing2 (Baju sendiri pn x berganti..x pe semua demi anakku)

**

Ibu : Abg, mana kipas..sian anak panas..berpeluh nih
Ayah : ni ha..(sambil kipas2)..sian anak ayah peluh ye…ayah ada nih tolong kipaskan (sambil usap kepala anak)
Ibu : Sian anak ibu ye…

**

Ibu : Abang, ada nyamuk lah malam nih…sian baby..nanti habis merah2
Ayah : La ye ke..abang da spray dah td…

Bangunlah si ibu & ayah ni pasang lampu untuk memerang nyamuk yang seekor itu..


**

Bila da masuk U…banyak nak pakai duit..bagi Ibu & ayah yang berada memang x de masalah…bagi orang kampong yang mengharapkan duit pencen je…macam mana?

Anak : Ibu…orang telefon nih nak bgtahu duit orang da habis lah…bleh tak ibu masukkan duit kat orang
Ibu : Ye ke…?siannya anak ibu..nant ibu mintak ayah masukkan ye…berapa nak pakai?
Anak : RM$$$....
Ibu : Ok nant ibu bagitahu ayah ye…ada duit lagi tak sekarang?
Anak : Ada..tapi tak banyak….

**

Ibu : Abang, tadi anak telefon, dia nak pakai duit la..
Ayah : Alamak, duit pencen abang x masuk lg nih..ibu ada duit dulu tak..?
Ibu : Duit nak belanja & nak bayar eletrik dengan air ada lah..
Ayah : Alamak pencen abang lambat lg..baru ni kereta pulak meragam..bagi je lah dulu kang tak makan pulak anak kita tuh…sian dia.
Ibu : Nak bagi berapa? x cukup macam dia minta la…
Ayah : Tak pe bagi je…kita kat sini pandai2 lah nant…

Besar kan pengobanan seorang ayah dan ibu…ni baru sedikit yang dicoretkan. Begitu banyak sehingga x tercoret sebenarnya..Anak-anak akan sentiasa terlindung selagi ibu dan ayahnya masih hidup..cuba fikir sejenak…walaupun kita sudah berumahtangga..andai masalah timbul, siapa yang kita cari untuk bercerita…ibu & ayah bukan?andai masalah kewangan wujud..siapa yang kita cari?ibu dan ayah jugak kan?

Tak kan time susah je ibu & ayah penting dalam hidup kita…time senang di manakah kita…?Marilah kita sama2 muhasabah diri…Kalau ibu & ayah sanggup berkorban demi kita…kenapa kita tidak?Kalau ibu & ayah dahulunya sentiasa memberi ciuman kepada kita?kenapa kita tidak mampu lakukannya sekarang…Sayangilah ibu bapa mu selagi ada peluang…berbuat baiklah kepada mereka selagi masih terdaya. Jangan bila dah tak berpeluang baru nak bersuara…”Menyesal dulu x buat itu & ini untuk ibu ayahku”..dah x guna kan time tuh. Ambil lah peluang selagi ada..kerana perbuatan kita sekarang diperhatikan anak2 kita yang makin membesar..x mustahil layanan yang sama akan kita terima…

Teringat pesanan abg POOH aku-; Nak rezeki murah, dengan mak ayah jgn berkira…yaaa sampai sekarang aku ingat…thanks abg Pooh sebab tunjuk contoh yang terbaik pada adikmu ini...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...