-->

Wednesday, August 3, 2011

Audit 5S

Apa Itu 5S?
 
Konsep 5S (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke) mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Untuk menjayakan 5S setiap warga kerja harus :-
* Memahami maksud sebenar 5S.
* Sentiasa bekerjasama dalam mencapai objektif 5S
* Sentiasa mengamalkan budaya kerja 5S.
* Sentiasa meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
* Dapat meluangkan masa untuk 5S
* Sentiasa melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
* Perlu memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan 

Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Setipa warga kerja perlu memberikan komitmen yang tinggi dengan sentiasa mementingkan kekemasan dan sentiasa berada dalam garisan 5S yang telah di tetapkan bagi sesuatu bahagian.

Seperti di tempat kerja aku sekarang, bahgaian telah dibahagikan  kepada beberapa zon dimana setiap zon mempunyai penyelianya tersendiri. Penyelia lah yang ditugaskan untuk mengadakan perbincangan bagi melantik jawatankuasa bagi zon masing2. Memang boleh dilihat perubahan di antara sebelum mengamalkan 5S dan selepas mengamalkan 5S di tempat kerja sekarang. Cuma apa yang dapat disimpulkan kebanyakan warga kerja masih belum dapat bersedia sepenuhnya dalam menerima & mengamalkan 5S di tempat kerja. Ini dapa dilihat apabila mengetahui audit 5S akan dijalankan, masa inilah setiap pekerja sibuk kehulu kehilir untuk mengemas, men-tag, menyusun dan bermacam2 lagi. Termasuklah keadaan saya sekarang, sibuk mengelap meja, menyusun barang, men-tag barang dan macam2 lagi lah. Buat sebab nak ada audit, kalau tak....hehehehe...So, pandangan aku organisasi yang berjaya dalam 5S apabila mereka sentiasa bersedia di audit bila2 masa. Mungkin bahagian aku nih baru setahun jagung mengamalkan 5S nih...insyaallah tahun depan mereka akan menjadi pengamal 5S yang berjaya...insyaallah....

2 comments:

Mia Liana said...

tensionnya... bila kena audit..

paling tak suka..

SumeSakan said...

btol2....time tuh lah nampak kekalutan melanda kan?
apa2pn thanks follow..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...