-->

Friday, September 9, 2011

Serangan Charlie @ Kumbang Rove



Korang biasa berkenalan tak dengan serangga yang comel nih..namanya sedap..ala2 charlie angels gitu…tp AWAS jangan terpedaya dengan namanya dan rupanya yang cute muet gitu….nampak kecil comel..geram2 gitu rasa macam nak penyet…tp buang je lah rasa geram2 segala tu ek…serangga halus mulus nih sebenarnya amatlah bahaya kepada diri kalau berlaku sentuhan dengannya..nak nak kalau terhimpit kat badan kita…kesan dia..sapa yang kena tahu lah padahnya..

Meh nak story skit latar belakang ataupun biodata si kecil molek ni..

Nama Lain : Rove Beetle
Class : Insecta
Order : Coleoptera
Family : Staphylinidae
Species : Paederus fuscipes Curtis, Semut Semai, Semut Kayap, Charlie etc.
Yang lain x abis kaji lagi

Badan dia ni mengandungi cecair hemolimf(kecuali sayap) yang Sangat Berbisa Di Dunia. Toksin ini dinamakan "paderin" (C24 H34 09 N) pada tahun 1953.Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada racun ular tedung!!!Serangga ini yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun, masih lagi mempunyai ketoksinannya. Dahsyat kan?

Persentuhan dengan makhluk ini semasa bergerak@tidur, boleh menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dematis linearis', 'paederus dermatitis', 'whiplash dematitis' dan sebagainya. Ianya seakan-akan seperti kayap.

Sakitnya seperti berdenyut2 pedih macam kesan kena air panas gitu.

Disebabkan balik raya kampong baru nih kebetulan sawah belakang rumah baru dituai atau erti kata lain baru dimabil padinya..maka, mulalah serangga ini menyerang ke rumah2 yang berdekatan..serangga nih minat kepada cahaya…Dengan itu, bermacam2 lah corak dan gaya dek disengat oleh serangga comel nih…

Kena Bawah Mata Kanan..Tapi da kering

Ayah  kena time tengah bawak moto nak ke kedai. Tak tahu yg serangga ni yang hinggap dalam mata. So, ditenyehnya...Lepas tu inilah akibatnya..Terus x leh bukak mata...ngeri tengok..mata putih mengelembung isi air bisa...da tinggi dari mata hitam...

Kesian Ayah..Kena paling teruk sampai mata x leh bukak..
Adik kena kat tangan dan kaki
Alhamdulillah aku kena kecil molek je...tapi still risau jangkit kat baby
Tup tup baby pun kena..kesian
Kat tepi telinga pun kena...sian dia kan?
Ni ubat yang kitorang guna..alhamdulillah cepat kering lukanya..
 Teringat lagi aku mula kenal serangga nih time aku belajar dekat KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang). Ramai gila kena serangan serangga nih..macam2 rupa parutnya..ada yang jadi lanun, gangster dan macam2 ag ahh....risau sangat kalau kena kat muka..parutnya lambat btul nak ilang. Bayangkanlah yang kena kat kaki aku nih dah 3 tahun rasanya..tp parutnya still ada...

So, berhati-hatilah dengan si comel berpinggang ramping dan berbelang oren nih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...