-->

Friday, September 9, 2011

Doa pagi



Ya allah ya tuhanku, andai aku tersesat dari jalanmu kau tunjukkan lah aku jalan yang lurus dan jalan yang di redhaimu ya allah…andai terpesong akhlak ku kau berikanlah nur dan hidayahmu padaku ya allah moga aku dapat menjadi hambamu yang beriman dan bertakhwa dalam menjadi seorang isteri dan ibu kepada anakku. Andai aku terburuk sangka, terkasar bahasa moga kau lembutkanlah hatiku moga menjadi hambamu yang sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Dan andai ada di antara yang mengenaliku, membenciku, mencaciku dan cuba berniat buruk padaku kau tunjukkan lah dia jalan yang lurus dan berikanlah petunjuk kepadanya ya allah…Moga dia kembali ke jalanmu, melakukan sesuatu perkara keranamu ya allah..Amin Ya rabbal a’lamin

p/s :- Hidup bukan untuk mencari noda dan dosa, bukan untuk mencari musuh atau pergolakan. Sesungguhnya carilah keamanan, keimanan dan cuba perbaiki diri untuk menjadi lebih baik di hari muka.

2 comments:

Mrs Lurve said...

Amin..moga kami sama2 menjadi yg terbaik utk pasangan kami, anak2 kami, dan kedua ibu bapa kami..

SumeSakan said...

yup..hiduplah dengan menyenagkan hati orang2 yang menyayangi kita..sentiasa di sayangi, dihormati dan sentiasa di berkati...itu yg penting..kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...