-->

Wednesday, September 28, 2011

Ayam Masak Kicap Berlada

Ayam Masak Kicap Berlada

Jom hari ni nak share resepi antara masakan kegemaran aku bagi Ayam. Yup aku suka kepekatan kuahnya disertai manis bawangnya...kalau berkesempatan bleh lah korang try ye..Ni masakn untuk 5~7 orang makan


Bahan-Bahan


12 Ketul Ayam di gaul dengan garam dan kunyit (Digoreng separuh masak dan diketepikan)

Kicap (Agak hitam yang diingini)
7 Tangkai Cili Api (Diketuk)
Minyak Masak (5 sudu)
Serbuk Sup (2 sudu)
Lada Hitam Kisar (2 sudu)
Garam dan Gula (secukup rasa)


Bahan Kisar


Halia (Sebesar Ibu Jari)

Bawang Besar (2 labu)
Bawang Putih (5 Ulas)


Bahan Hiasan


Bawang Besar (Dipotong Bulat)

2 Tangkai Cili Hidup (Dibelah Dua)
Daun Sup (Dipotong)

 
Cara-Cara

1. Masukkan minyak ke dalam kuali
2. Tumis bahan kisar dan masukkan cili api..biarkan lebih kurang 3 minit
3. Masukkan Serbuk Sup dan Lada Hitam dan biar seketika
4. Masukkan kicap sehingga kehitaman (agak2 la ek)
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu tadi dan kacau..biarkan seketika
7. Lastly, Masukkanlah bahan hiasan dan biar seketika...Pastu leh le tutup api..

Da masak...bleh lah dihidangkan ye...Selamat Mencuba

2 comments:

Mrs Lurve said...

sedapnya!

SumeSakan said...

hahahaha....mana tau sedap x rasa ag nih...nak tau sedap ke tak kenalah cuba...yummy..yummy..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...