-->

Wednesday, November 9, 2011

Masak Lemak Sambal Sardin



Ok resepi nih aku try lepas aku dapat idea from my officemate..katenya sodap…So, sebab kan teruja aku bab2 try menu2 baru nih aku pun bergegas la ke sana ke mari nak cari belimbing buloh nih…yang sadisnya 2 minggu tau aku punya melilau x jumpa2..last request kat my MIL untuk tlg belikan dari pasar PJ…Yup sudah tentulah ada kan?korang tau siap my MIL ingat aku ngidam ag..hahaha lawak benor jahitan kat perut ni pun x abis ngilu ag..ok bact to the recipe k…jom usyar2 bahan dia kat bawah ni…

Tips : Just prepare macam nak buat masak lemak biasa…then tuangkan sardine bersama dengan kuah2nya sekali…lagi detail kat bawah k..


Bahan-bahan

1 Tin Sardin (kecik punya - Ikut Korang la nak cap apa)
Santan (1/4 mangkuk)
Garam

Bahan Blend

6 Batang Cili Api
1 Labu Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
½ Inci Halia
1 ½ Inci Kunyi Hidup

Bahan Sampingan

6 Biji Belimbing Buluh (Dibelah 2)
1 Batang Serai (Dihiris kecil)
1 Batang Cili Masak (Dihiris)

Cara2nya

1. Masukkan bahan blend ke dalam periuk bersama Serai yang dihiris dan masak seketika
2. Kemudian masukkan santan dan lebihan bahan sampingan dan masak seketika (make sure sentiasa kacau k untuk elakkan dari santan berketul)
3. Kemudian Masukkan Sardin serta kuah2nya sekali..then kacau..
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa sehingga marvelous rasanya k…(nak bagi lagi best rasanya masuk skit gula…skit je tau..)

Ok siap…bleh la hidang makan panas2 lagi kowwww…ekekekeke..Selamat Mencuba Ye...

2 comments:

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

rasanya cubalah....terima kasih kerna tips ini

SumeSakan said...

sama2...btol tuh..cubalah...ekekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...