-->

Tuesday, November 15, 2011

Be Prepared : Peperiksaan Pegawai Anti Dadah Gred S41

Kepada sesiapa yang bakal menduduki Peperiksaan Pegawai Antidadah Gred S41 sama cam aku 17/11/2011 nih, jom sesama kita study skit pasai dadah ni ek...ni baru skit bab pengetahuan am, isu semasa, bab sejarah, bab daya menyelesaikan masalah tuh sume kita study kot lain ye...Nway Gud Luck k untuk aku jugak...hehehe


DADAH
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.
Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.

PENGELASAN DADAH
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:

OPIAT : heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina

KANABIS : ganja dan hasyis 

PENEKAN : bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer
PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain

HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina

KAEDAH PENGGUNAAN
Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.

JENIS DADAH DARI TUMBUHAN

NARKOTIK
Papaver somniferum - pokok popi yang boleh menghasilkan opiat.

Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat )dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.
Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:
Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina
Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

JENIS NARKOTIK
Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.

BAHAYA NARKOTIK
Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedutnya melalui hidung dan dihisap seperti rokok.
Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.

GANJA DAN HASHISH
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.
Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.
Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan.
Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tingg. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.

BAHAYA KANABIS
Kanabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulang seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung, kaki dan tangan.
Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes.
Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan. Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.
Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa. Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.

BAHAYA KOKAIN
Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.

HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung (Datura stramomium).
Dadah Halisinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di atas tumbuhan Rye.
Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin.
Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.
Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.
Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.
Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura stramonium) yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang sama pada kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan terhadap sistem saraf pusat.
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji0) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi.
Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.
Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico.
Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun demikian kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat sehinggakan penagih boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.

KESIMPULAN
Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan selamanya. 

Tanda - tanda Penagihan Dadah
Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom – simptom yang lain.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
Marah – marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
Apabila bercakap tidak bertentang mata.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.


Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!





Akta & Undang-undang Dadah
Bil. UNDANG-UNDANG DADAH TUJUAN AKTA
1. AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.
2. AKTA PENAGIH DADAH.
(RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983 - (PINDAAN) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.
3. AKTA DADAH BERBAHAYA
(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.
4. AKTA DADAH BERBAHAYA
(PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
5. AKTA RACUN 1952 Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.


Sumber : pkukmweb dan PEMADAM

6 comments:

athlea said...

ello my frend...wah ade exam plak ye...good luck ek..
kalo pass leh interview plak then kalo bjaye leh jdi pegawai anti dadah...

good luck ye awek....:)

SumeSakan said...

hehehe..thanks dear..tp cam x ready cam ne...?hehehehhe

Empayar Utama said...

Semoga berjaya. Panjang lebar penerangannya, salam kenal :)

SumeSakan said...

Empayar utama : thanks k

aNiS tHe BumbleBee said...

assalam..tetiba tersampai kt blog ni.saja godek2 cr peg antidadah.sy pun sit exam ni jugak.amacam?okey tak?gud luck ye.. :D

SumeSakan said...

aNiS tHe BumbleBee : hmmm entah la main jawab je...tapi yang pengelasan dadah tuh memang fail lah...hehehehe..x sempat nak hafal....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...