DADAH 
Dadah
 merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan 
kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), 
rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
 Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus 
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. 
Pelbagai dadah 
dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya merangkumi 
juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. 
Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan 
mendatangkan kesan yang mudarat. 
Dadah adalah 
satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh 
negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi 
sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut 
penilaian United Nations International Drug Control Program, 
dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah 
dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih 
yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap 
kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah
 sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan 
dadah sentiasa meningkat. 
 
PENGELASAN DADAH 
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut: 
 
OPIAT :  heroin, morfin,candu mentah, candu masak dan kodeina 
 
KANABIS :  ganja dan hasyis  
  
PENEKAN :  bahan sedatif - hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer 
PERANGSANG:  jenis amfetamin dan kokain 
 
HALUSINOGEN:  LSD, meskalina dan psilosibina 
  
KAEDAH PENGGUNAAN 
Dadah
 atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan 
serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem 
saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan 
penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia 
Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin 
masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila 
dipanaskan. 
  
JENIS DADAH DARI TUMBUHAN 
  
NARKOTIK  
Papaver somniferum - pokok popi yang boleh menghasilkan opiat. 
 
Istilah 
narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan 
daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan 
narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat 
penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang 
ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi 
merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit. 
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum.
 Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, 
Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan 
mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat )dan 
kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu 
mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang 
kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan 
secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok 
popi tua yang kering. 
Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:  
Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina 
Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin 
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin. 
  
JENIS NARKOTIK 
Jenis
 narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan 
kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya 
terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna 
putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam 
perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah 
iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada 
morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya 
dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat 
batuk.  
  
BAHAYA NARKOTIK 
Penggunaan
 narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar 
perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan 
dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan 
menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh 
penagih. Ada juga yang menyedutnya melalui hidung dan dihisap seperti 
rokok. 
Seseorang penagih itu 
boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum 
suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan 
darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan
 berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan 
memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa 
terikat kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih. 
  
GANJA DAN HASHISH 
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa,
 dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga 
dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada 
perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan. 
Pokok cannabis banyak 
ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. 
Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia 
yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, 
kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan 
penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC. 
Pada suatu ketika 
dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui 
sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan
 sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila 
keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan 
diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam 
perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis 
dadah yang boleh membawa kepada ketagihan. 
Hashish pula ialah 
nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan
 THC adalah tingg. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan 
dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk
 cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis. 
  
BAHAYA KANABIS 
Kanabis
 selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulang 
seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut 
mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih 
ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit 
dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di
 hidung, kaki dan tangan.  
Pengambilan dos yang 
tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai 
kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman. 
  
KOKAIN 
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes. 
Pada zaman dahulu daun
 coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile dan Columbia 
untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan. Pes yang 
diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya 
diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah 
daun koka, pes koka dan kokain. 
Dalam bidang perubatan
 kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran 
darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan 
kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika 
Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih
 yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa. Biasanya 
dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan. 
  
BAHAYA KOKAIN 
Lazimnya
 dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan 
akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana 
ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan 
malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke 
badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri 
untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, 
penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat 
keracunan dan sesak nafas. 
  
HALUSINOGEN 
Dadah
 Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah 
pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ 
hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah
 ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi 
daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara 
dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung (Datura stramomium). 
Dadah
 Halisinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD 
adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke 
atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di atas tumbuhan Rye. 
Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin. 
Kesan buruk utama yang
 dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran 
kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin 
terutamanya di dalam rahim. 
Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria
 iaitu moskimul dan asid ibotenik Ia juga mengandungi sejumlah kecil 
muskarin. Antara kesan toksik muskarin termasuk rasa mual, 
muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan tekanan darah dan 
denyutan jantung.  
Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana
 mengandungi bahan halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan 
psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat 
berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan
 kabur serta kesan halusinasi. 
Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura stramonium)
 yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang sama pada
 kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah jenis ini 
akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran 
keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan 
terhadap sistem saraf pusat. 
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans)
 boleh menghasilkan kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan 
kimia yang dikenali sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah 
pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji0) dan kesannya boleh 
dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan
 ganguan terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan 
boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24jam 
seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi. 
Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee)
 mengandungi ergine, iso-ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. 
Kesan halusinogennya menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara 
kesan-kesannya ialah penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan 
degupan jantung. 
Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii)
 pula mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai meskalin. Ianya 
digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah digunakan dan terdapat 
6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan mengalami halusinasi 
pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua 
Amerika dan Mexico.  
Walaupun bahan 
halusinogen bukan merupakan dadah utama namun demikian kesan yang 
dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat sehinggakan penagih 
boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.  
  
KESIMPULAN 
Secara
 kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding 
kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat 
sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta 
pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan 
selamanya.  
  
| Tanda - tanda Penagihan Dadah  | 
                                     
 
 | 
                               
                               
 
                                
                                  
  
    | Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari 
simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi 
dengan simptom – simptom yang lain. | 
   
    
     
      | 
    Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja. | 
   
      | 
    Marah – marah atau meradang tak tentu sebab. | 
   
      | 
    Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya. | 
   
      | 
    Hilang selera makan atau selera bertambah. | 
   
      | 
    Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu. | 
   
      | 
    Apabila bercakap tidak bertentang mata. | 
   
      | 
    Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat. | 
   
      | 
    Parut atau bekas suntikan di lengan. | 
   
      | 
    Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi. | 
   
      | 
    Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan. | 
   
      | 
    Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh. | 
   
      | 
    Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang. | 
   
      | 
    Tidak mahu makan bersama –sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan. | 
   
      | 
    Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya. | 
   
      | 
    Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka 
akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi
 seorang pendiam dan kuat berahsia. | 
   
      | 
    Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba. | 
   
      | 
    Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik. | 
   
      | 
    Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara. | 
   
      | 
    Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang. | 
   
      | 
    Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu 
menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan 
tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau 
kerja tidak pernah siap). | 
   
      | 
    Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar. | 
   
      | 
    Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa. | 
   
      | 
    Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. | 
   
      | 
    Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih. | 
   
 
 | 
   
     
 
Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan 
yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang 
dikasihi. Perubahan – perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan 
penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk
 mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri! 
 
  | 
   
 
 | 
                                 
 
 | 
                         
 
 | 
                   
 
 | 
              
  | 
             
              
  |  
 
 |