-->

Monday, January 9, 2012

Mangsa Buli ~ Kesian Ye!!


Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Tapi buli di sini bermaksud menggunakan kecomelan yang ada dengan tujuan mneggunakan tenaga orang lain bagi memenuhi kehendak sendiri…Janji aku bahagia…!!!hahahahah

Jeng..jeng..jeng…nil ah mangsa buli itu…

Kesian kan?

Buli Apa?ni haa diaaa….

.
.
.
.
.
.
.
.

Seronok bukan main dera Papa tarik pi balik pi balik...
Tengok renyih nya macam mana..kalah kerang busuk kot...hehehehe
Laju nih...25km/j
Sambil tengok aksi Papa
Bersedia Papa nak drift
Yeahhhh....drift lagi jaju lg dia suka tau...sabor je lah..anak sapa lah nih...
Nasib baik lah Papa tuh sabar je layan kerenah si comel nih sebab x nak kasi kacau Mama masak….Thanks Papa

My Little Qaisara – Genap setahun

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah genap setahun anak aku yg cute mute nih…n sekaligus aku pun dah setahun la jd mak keada seseorang…x percayanyaaaa…hehehehe…gatai btoi kenyataan nih…bila sara dah setahun nih cam kesian lak dia dok men sengsorang…mulalah terdetik dihati…jeng..jeng…jeng…semalam mak mertua aku bersora tau…cenggini bunyinya..”Siannya Sara men sorang2…dulu mak mcm nih ahhh…kesian tengok along main sorang2…pastu bg lah dia kawan(kehkehekhe…adik baru la…hehehehe)..cam ada makna kenyataan ni kan?ok abaikan dalam episode kali nih…jom kembali kepada episode asal balik…

MUla2 mmg niat di hati nak wat makan2 besor skit nak panggil member2 sama memeriahkan suasana…tp memandangkan aku nih x dak bibik nak kena wat sume sorang2 and hari kejadian pun hari ahad..so, niat tuh d pertimbangkan…timbang punya timbang…hasilnya…wat makan2 untuk family je lah…kebetulan hari tuh family mertua nak ke Bangi registerkan adik ipaq aku yg no.3 masuk kolej…so, 2 biji kereta lah memenuhi ruang depan umah aku semalam….happy sangat tau dapat kumpul cam nih sambil melayan gelagat si besday girl yg lincah memanjat sana sini…Papepun, aku bahagia sangat tengok telatah budak tomot nih…Mama doakan moga Sara cepat besar, cepat leh main kejar2, jadi budak baik macam Papa, jadi anak solehah dan jadi kakak yg baik tau t…ahahahahahaha…jom lah layan pict sepanjang hari kejadian…

Benornya nak amik pict Barbie...hubby x setuju...sebabkan anak aku nih minat upin ipin..so, kami bg dia wat pilihan sendiri...tunjuk pict Barbie and Upin Ipin kat dia...sekali dia pegang Upin Ipin daaa....redha je lah aku...hehehehe
Ni santapan kitorang hari tuh....Nasi Daging Utara...Sara makan nasi je k...hehehehe
My Cutiee
Buah Pulasan...Seyes aku baru kenal kewujudan buah nih baru2 ni je k...jangan kata aku jakun k...hehehe..seb bek aku x tokak cam nak makan moktan (rambutan)...hehehe
Hadiah Qaisara dari Pakngah dan Auntie Su...bleh plak dia main kjap then terus campak...tau lah x minat patung2 gaya gini..kang tahun depan dapat robot plak kang....
Kalau tiup nyembur gaya gitu makan air liur la yang oiiiii
Hahahaha ni aksi yg meriuhkan umah....bleh plak dia pelepekkan tangan atas cake tuh...seb bek sisi je...huhuhuhu
Sume orang sibuk layan dia...suma nak suapkan dia...kenyang kek ye anak mama..
Si Tomot....
Yeaahhhh..jangan harap headband nih nak duduk lelama atas kepala saya k...cabut buang...hehehe

Friday, January 6, 2012

Health Info : SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Dapat nih dari email...rasa info nih bagus kpd sesapa yg ada baby....untuk renungan dan ingatan bersama...baca k....


 
General Info.....


Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi.
Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan
tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali
pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk
dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami
ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging).
Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah
(Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam
sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT
Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu
bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan
lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah
yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.
Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang
lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki
buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh
boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child
abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih
belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama
bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana
untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat
menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak
yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk
bermain.
2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada
orang lain.
4.    Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil
serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes
terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap
tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang
bayi seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi


Sebelum

 



Selepas













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...