-->

Friday, August 5, 2011

Tips Banyakkan Susu

Kalau tanya kepada bakal2 ibu..semua semangat nk bagi BF(Breastfeed) kat baby kan?klu tanya ada yg target nak bagi samapi 6 bulan, setahun dan 2 tahun. Tapi bakal2 ibu kena ingat banyak cabaran yang harus dilalui untuk bg BF nih....Semangat kena kuat..Yang ni lah kunci utama bg kejayaan BF mengikut target yg kita nak.

Meh nak kongsi skit pahit getir aku nak menjayakan BF nih. Sebelum baby lahir ke dunia, my hubby memang concern betoi dengan kebaikan BF nih..memang dia nak aku bg fully BF kat anak kitorang nanti..macam2 dia cerita ngan aku hasil dari sumber internet..aku nih biasa lah malas skit nak kaji mengkaji time tuh..Dialah yang semangat ajak pergi beli BP(Breast Pump) dan segala kelengkapan yang berkaitan. Masa kat sepital, 1st nurse picit cik B then kuar susu aku rasa syukur sangat. Nak tau sebab apa?heheh..sebab apa lagi..sebab my baby ada makanan lah…hehehe…1st time dia minum rasa bahagia sangat..x tergambar..

Selepas kuar hospital, aku still go on bagi BF kat baby. Tp baby macam x puas minum. Sekejap2 dia nak..Nangis aku time tuh..macam2 aku fikir..baby aku x ckup mkn ke?susu aku sikit ke..?Tapi CIK B selalu bengkak, sampai kena panggil orang ngurut…Baby tetap sama kerap nak nyusu…memandangkan aku ni c-zor memang x terdaya nak bangun dan duduk selalu..so, aku try la pump susu supaya hubby or mak mertua boleh tolong bagi kat baby.

Ni lah start men-down kan aku..
  • Sejam aku pump nak dapat 1 oz pn susah (nangis..sedih sangat..tp hubby banyak bg semangat), aku gagahkan juga diri truskan BF.
  • Ada lak tetamu datang dan cerita dia sekali pump 15 minit dapat 6 oz…(oh tidak, lagilah meruntun jiwa aku).
  • Baby lak badan makin susut…masa lahir tembam je pipi dia..seminggu je dengan aku da kecut…sedih..(tapi rasanya suma cam tu kot..x tahulah)
  • Aku cuba pump lg..hasilnya tetap sama nak dpt 1 oz pun susah…(nangis tau)

Disebabkan kesiankan keadaan aku, maka hubby amik keputusan campurkan dgn susu formula. Kami pilih ISOMIL. Tapi aku still continue bagi BF. Dekat 3 bulan jugak lah aku campurkan susu dekat Sara.

2 minggu sebelum kerja aku kuatkan semangat. Aku cuba kumpul stock. Aku niat dalam hati nak try bagi fully BF kat my baby. Yeah sekali pump dpt 2 oz…x pe, aku tetap simpan. Bila start keja aku hanya mampu bekalkan 2 botol (2 X 4 oz) untuk Sara. Memang x cukup..terpksa sulam dengan SF (Susu Formula). Kat office aku try pump 3 kali..mula2 aku Berjaya bawak balik tak smpai 10 oz sehari. Tp aku tetap gembira. Semangat aku makin bertambah bila aku join geng pump kat office aku nih. Diorang banyak bagi aku semangat. Mula2 rasa rendah diri gak sebab diorang sekali pump 6 , 7 oz…aku?3 oz…Tp semangat yg diorang bg betul2 menjayakan aku. Daripada x samapai 10, naik 12..pastu 14 sampailah 20 lebih…memang aku usaha betul2 kat rumah pn aku pump..awal2 pagi dan malam…sampailah bulan lepas peti ais aku dah x mampu nak tampung..since tu aku da kurangkan kekerapan ngepam..sebab my baby pn da start makan…aku target dapat lebih 4 oz dari dia minum sehari…alhamdulillah aku bersyukur sangat…


Ketahuilah ibu2 di luar sana susu terhasil apabila :
  • susu badan kita ni ‘supply on demand’ kalau banyak demand banyaklah hasilnya..kita lupa…dah ambil makanan penambah susu kita lupa nak susukan anak…lupa nak perah..tiada rangsangan….maka susu kita tidak akan meningkat.
-          Yup aku sokong sangat kenyataan nih…aku cuba kerapkan perahan..dari 3 kali ke 4 kali..seminggu je Alhamdulillah. 2 minggu je campurkan susu lepas bekerja. Lepas tuh aku da berjaya bagi fully BF kat my Baby. Alhamdulillah. Skang aku just pump 2 kali ja kat office..purata dapat 16 oz..

  • Milk Booster.
-          Macam2 gak aku dengar kat pasaran yang boleh membantu dalam penghasilan susu. Mungkin lain orang lain pendapatnya. Bagi aku makanan penambah susu TIDAK MENJAMIN anda akan tiba tiba mendapat banyak susu..kerana….yang membuat susu adalah badan kita bukan makanan itu. Semua bergantung kepada kerajinan kita.


Petua yang aku amalkan.
-          Makan nasi setiap hari dengan lauk yang berkhasiat.
-          Setiap hari minum Milo (Pagi dan Malam)
-          Minum air putih banyak (air masak)
-          Kunci paling utama semangat mau kuat n sentiasa berdoa moga 
     dimurahkan rezeki.
Insyaallah, kita akan menjadi salah seorang ibu yang berjaya memberi fully BF kat baby kita


Ok nak share berdasarkan pengalaman geng2 pump dan ifo yang aku dapat dari kumpulan KIM, antara yang dapat membantu banyakkan susu :
-        Air Longan + kurma (Brand; Seasons) : Org kata air ni as a milk booster.
                    Dengar kata, susah jumpa air ni.Tp, kalau nak cari, leh cari kat kedai 
                    mesra. insyaallah ada!
                    Harga : RM 1.60 sahaja.
Ni la rupa Longan + kurma

-        Lobak Putih : yang ni slelau dengar mak2 kita ckp kan.
                   Setengah orang tak suka sebab ada bau. Tapi ,lobak ni kalau buat masak air, 
                   boh lada hitam dan makan dengan nasik panas, hasilnya memang 
                   tak mengecewakan. Cuba lah!
-        SUSU
                   Untuk membekalkan vitamin dalam badan dan menambah kalsium untuk si 
                   ibu.
-        KURMA
-        HALBA 
         Halba merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara 
         kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam 
         bentuk pil.
-        JINTAN
         Jintan jugadigunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, 
         kilang susu rasa penuh saja
-        CHEESE
-        TEMPE
                   Membantu memekatkan susu
-        SAYURAN HIJAU
         Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu 
         terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
-        JAGUNG
                   Tak kisahlah jagung batang ke jagung cup ke asalkan jagung. Yang ni 
                   memang pengalaman beberapa orang geng susu aku.

Korang cuba lah yang mana agak serasi dengan korang. Tak salah mencuba, selebihnya allah yang tentukan. 





2 comments:

Muna Mohammad said...

Salam

Pengalaman muna sndiri ialah mmg psikologi sndiri..muna tak pernah takut susu tak cukup atau xda susu.sbb kita kena tanam dlm kpala : susu kita adalah hak anak.Allah Maha Mengetahui apa yg Dia berikan. So, pngalaman masa full bf anak kedua dulu, sy mmg xda pun amik apa2 supplement cuma kerap mkn kurma n bykkan amik produk tenusu stiap hari..pastu kpala kena rileks n mood kena ceria..itu jer..btway, usaha yg bagus utk smua ibu yg rasa ada tggungjwb nak susukan juga anak masing2 tak kira fully/scara campur

munamohammad
munamohammad60@yahoo.com
mummysnote.com

SumeSakan said...

Thanks muna ats komen membina nij...btol tuh mindset kita tuh penting benornya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...