-->

Thursday, August 18, 2011

Chek-up Sara Lagi


Semalam disebabkan Ummi Sara cuti..So, Sara kami tinggalkan dengan atok dan nenek di PJ…batuk dan selsema dia menjadi2 ikutan dari demam minggu lepas…Balik je dari kja, terus mak bg tau yg Sara macam nak demam balik..badan dia dedar…mak mintak nak jaga Sara esoknya(hari ni lah). Disebabkan kami x bawak baju..so, terpaksalah balik dan dinasihatkan oleh abah untuk bawak Sara ke klinik…batuknya teruk..samapi terkuar air mata segala…nafasnya pn pendek2 je…ksian sangat…my hubby decide nak bawak Sara ke klinik an nur untuk pemeriksaan…setelah di check oleh doctor..yup masih jawapan yg sama demam virus…nafasnya pendek sebab saluran pernafasannya sempit…sebab selsema kot…
Bidak Demam Layan Cunggang Cunggit
So, doctor suggest utk amik sedutan gas nebulizer bagi memulihkan saluran pernafasan Sara. Hasil dari check up tuh…doctor bagi ubat batuk, cairkan kahak dan selsema..Kos rawatan hari ni RM50..ni bagi sesapa yang tertanya2 lah kalau kos rawatan cam tuh kena berapa kan?Hmmmm apapun yang aku harapkan moga Sara cepat sembuh…Aminnnn

Ni lah rupanya kalau amik sedutan gas nebulizer tuh..5 minit jugak lah proses penyedutan nih..

Peringatan :-

Sekiranya anak-anak kita masih mengalami selsema, jumpalah doktor untuk dapatkan nasihat. Jangan biarkan anak kita dalam keadaan tersebut berpanjangan. Jika ianya baik sendiri alhamdulillah tapi adakalanya selsema lama-lama akan menjadi batuk. Mula-mula batuk sikit, lepas tu batuk kerap, akhirnya ia akan jadi batuk non-stop dan berpanjangan. Jika dibiarkan juga, anak kita berpotensi besar untuk menghidap asma.

Oleh itu, jika berada di peringkat yang terakhir tadi perlu dapatkan rawatan pakar. Buat psioterapi untuk keluarkan kahak, suntikan antibiotik dan sedutan gas nebulizer untuk memulihkan kembali anak kita. Tanpa perhatian kita, anak kita mungkin boleh mengalami asma.

dari :- all about mummy n baby 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...