-->

Wednesday, August 17, 2011

Resepi Ayam Masak Merah




Ok kali ni aku nak share lak resepi ni kat kawan2 sekalian..aku suka masakan yang simple2 mcm ni je...klu bagi kat aku satu lauk cam ni pn aku layan je...janji kuah mau banyak...ok jom nengok..resepi nih untuk 2 orang mkn ye..

Bahan-bahan


6 Ketul Ayam (Di gaul dengan garam dan kunyit)

Minyak Masak
Sos cili (3 sudu)
Garam dan Gula

Bahan Kisar


Cili kering (direndam terlebih dahulu)

sebiji bawang besar
belacan (1/2 ibu jari)

Bahan Tumis


Halia (1 inci)
Bawang Besar (1/2 biji)
Bawang Putih (3 ulas)
Cili Api diketuk (6 biji)
2 batang serai diketuk

 
Bahan Hiasan
 
Cili Hidup (di belah dua - jgn sampai putus)
Bawang besar dipotong bulat (1 labu)
Kentang sebiji (potong la mcm mana korang suka)

 
Cara-Cara

1. Ayam di goreng separuh masak terlebih dahulu..masak pn x pa..dan ketepikan

2. Tinggalkan minyak agak2 dalam 3 sudu.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan. (jangan tunggu cili api kuning plak ye..ekeke)
4  Masukkan bahan kisar dan tunggu sehingga pecah minyak.
5. Masukkan cili sos.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Masukkan ayam dan biar seketika
8. Agak2 ayam dah masak, masukkan bahan hiasan dan kacau seketika.

Siap...Bleh la angkat n hidangkan macam biasa...



Tips aku : Bagi yg guna cili kering..better blend kan siap2 cili kering + bawang + belacan tuh n simpan dlm fridge utk stok seminggu...Bukan apa senang utk kita n jimat masa...nak elak dari cili berketul..jgn lah masukkan bawang banyak2 ye...ok, just share..selamat mencuba...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...