-->

Tuesday, August 2, 2011

Syukur Atas Kelahiran Anak Pertama

 Anak Pertamaku..Ketika baru dilahirkan


Tangisan pertama si anak yang baru keluar dari rahim seorang ibu, memberi makna besar kepada ibu itu sendiri. Seorang ibu dan bapa tentunya mengukir senyuman gembira bila melihat anak yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia. Namun di sebalik kegembiraan itu terselit satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Tanggungjawab yang bermula sejak saat kelahirannya itu, perlulah dipikul berbekalkan pedoman wahyu dan syariat islam.
Jika ditanya kepada seorang ibu atau bapa, apakah peristiwa manis yang x dapat dilupakan dalam hidupnya, tentu antara jawapannya ialah ketika dia menyambut kelahiran anak pertamanya. Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Perasaan girang, syahdu dan tenang akan membelai hati apabila mendapat berita kelahiran, apa lagi selepas memandang dan memeluk anak buat kali pertama. 
Syahdu, terharu, syukur yang amat sangat di atas kurniaan yang tidak terhingga dia atas kurniaan allah ini. Syukur juga di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya. Syukur atas kehilangan rasa runsing, dan syukur atas segalanya. Anak adalah rezeki yang selalu kita pohon dari allah "Ya allah kau murahkan lah rezekiku, suamiku dan seluruh family ku". Setiap orang merasai dan bersyukur atas limpahan kurniaan itu. Insyaallah, Allah akan menambahkan nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Jika ditanya kepada seorang ibu atau bapa, apakah antara peristiwa manis yang terjadi dalam hidupnya, tentu antara jawapannya ialah ketika dia menyambut kelahiran anak pertamanya. Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Bermula dengan perasaan cinta sesama pasangan dan sekarang lahir pula pelengkap yang mnyerikan dan mengeratkan lagi perasaan cita dalam berkeluarga. Perasaan girang, syahdu dan tenang akan membelai hati apabila mendapat berita kelahiran, apa lagi selepas memandang dan memeluk anak buat kali pertama.
Kegembiraan ini tentunya perlu disandarkan kepada syukur yang melimpah ruahkepada Allah. Syukur atas nikmat dan rezeki anak kurniaaan-Nya. Syukur di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya. Syukur atas kehilangan rasa runsing, dan syukur atas segalanya. Ibu dan bapa perlu ingat bahawa Allah menjamin akan menambahkan nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Selepas itu, bapa janganlah lupa memberitakan khabar gembira itu kepada keluarga, dan rakan-rakan. Rakamkan detik indah itu untuk simpanan dan kenangan.Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk berbanga-bangga. Tapi, atas semangat agama yang menganjurkan agar kita memberitakan nikmat kepada orang lain. Memberitakan nikmat adalah sebahagian dari bersyukur. Secara tidak langsung, mereka yang menerima berita dapat mendoakan buat kita dan turut melafazkan syukur kepada Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...