Friday, March 30, 2012

Tak Bawak Duit Punya Pasai

Seperti yg uols tau sejak anak I kena kuarantin kat umah n my hubby yg jg dia..aku kena lah g kerja sorang2...sob..sob...rindu papa...ceh ngada tahap gaban...hehehe....selalunya duit lanja hari2 my hubby yg tanggung..makan sume dia yg sponsor...tp memandangkan my hubby kat umah dan I lak jenis yg dah terbiasa x amik kisah pasai duit nih p lah kerja cam besa...huuuu sekali x dak wit nak beli lauk wak lik umah nak kasi hubby n adik ipar makan...so, balik je umah tungkus lumus la kena berperang kat dapur...jom usyar apa SumeSakan masak untuk lunch rini....biasa2 sudah janji perut kenyang kan?..hehehe

Asal lah pict nih menegak gini...malas rotate boleh?hehehehe..Ni nama dia "Ikan Tenggiri Masak Asam"
Ni lak "Daging Masak Black Pepper"
Opppss sebelum tuh meh nak story...tempat kerja aku memang dekat lah dengan umah..setiap hari jumaat memang aku akan lepak kat uamh...memandangkan rini rehat lama tuh yg x kisah didera...huuuuuuuu...

Ish..Ish...Duit pun nak dibakarnya

Lepas shopping ituh hari kat Mydin kalau x salah...ooo Mak aiii...sekali terperasan lah duit ni haaa....ada kerja lak si fulan nih layur2 ngan api...gamaknya memang hobi dia cenggitu kot ye...Agaknya, x dak rokok nak di asapkan duit pun jadi lah kot...ye lah kalau isap rokok orang umpama macam bakar duit kan (orang kata bukan ahkak kate hokey..hehehe) gamaknya rokok x de dia bakar duit btol2....hehehehe...sabor je lah ahkak ni haaaaaa....


Potong Kuku Ikut sunnah Nabi


Forward dari email yang diterima...sebelum nih tahu nak potong kuku tunggu hari jumaat je..sebab sunat...kenapa dan mengapa kurang diselidiki...so, meh le kita baca n amalkan sesama ye...


RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.




Satu lagi pesanan baginda:

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

*Renung-renungkan..Selamat Beramal~

Sumber: www.eramuslim.com

IndahNya Ciptaan Tuhan

Untuk pengetahuan uols..hari minggu lepas kami anak beranak balik penang...lawat sedara aku xcident...alhamdulillah x de pape walaupun kereta diorang total lost tau....tuhan melindungi si suami, si isteri bersama kandungan dalam perut dan anak lelaki mereka berusia 1 tahun 5 bulan....kemalangan yang misteri nih...t aku cerita ek klu ingat....

Ok...entry nih bukan nak cerit pasai peristiwa xcident nih dulu k....aku nak tunjuk korang satu pict yg sangat cantik bg aku...tp pict yg aku snap nih x cantik sangat sebab enpon murah...sob..sob...(kot2 hubby baca leh dapat enpon baru...hehehehe). Perjalanan kami balik dari penang ke sini hujan renyai...maka muncullah pelangi yang sangat memukau mata aku...kagum tau...subhanallah cantik sangat...tu je terpacul kat mulut aku time tuh...hehehehe...ni haaa cantik kan?

Double Hokey pelangi nih....memukau pandangan aku nak tengok lelama...

Wednesday, March 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER


Da lama x join segmen2 nih...Malam nih tetiba jumpa segmen nih n teringin nak join...Jom sapa na join klik banner k...

Soalan :
  • Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?
Jawapan :

Lama x jumpa..apa cerita sekarang? (sambil hulurkan senyuman)
 

p/s : rituh jumpa AbangBen kat Ali 1 Bistro Presint Diplomatik....segan nak teguq tough sangat badan...hehehehe

Cerdiknya Budak Nih

Ni alkisahnya….memandangkan rini nak checkup si kenet nih…akupun bawak lah dia masuk office jap (x kejap jugaklah..samapi tengah hari jugak lah kan)…hehehehe…bila dah masuk office mulalah aktiviti menyorok baeang dijalankan….terutamanya selipar officemate aku nih…pastu segala laci perlu di kunci…sekali Nampak je dia aku cabut kunci tuh….dan2 la merengek2 nak…x padan dengan demam ye ANAKKK…bagi lah aku kat dia main kunci tuh…korang tengok cerdik ke tak dia ni ha….punya pulun lah dia nak masukkan kunci tu haaa….comel lak rasa…tu yg snap pict ni ha…buat kerja sambil mengomel…sebijik cam mama dia…like mother like daughter…sabor je lah…hehehehe

Punya usaha nak masukkan kunci

Comel je jari si kenet nih walaupun ngidap HFMD..

CAm ni je lah mampu...kira ok lah tuh...belajar dari persekitaran...

COCOA COLLAGEN POWER PLUS

Ok kat sini saja nak share ngan korang tentang minuman Cocoa Collagen yg aku pun dah jadi pengamal minum nih sejak 3 bulan yg lalu...Alang2 dah tolong membe aku nih wat brochure yg x semenngah tuh x salah lah kiranya aku nak share terus kat sini kepada sesapa yg nak tahu lebih lanjut kan?



Berdasarkan pengalaman aku amik CCPP nih setiap pg since 3 bulan lalu...aku pun dapat rasa agak cergas dan bertenaga...klu kate bertenaga tuh dr banyak segi lah kot....hehehe gelak nakal...pastu ada gak yg tegur aku badan nampak fit skit...x tahulah aku rasa same je....

K untuk keterangan lanjut korang leh la baca kat bawah ni n kepada sesapas berminat bleh terus ke FB IdaDya untuk terjah dan order klu berminat...  

OK ni keterangan lnjut produk tu k...
*** Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas boleh mengamalkan pengambilan
Cocoa Collagen Power Plus ini kecuali wanita mengandung tidak digalakkan.



KEBAIKAN DAN KHASIAT COCOA COLLAGEN POWER PLUS:
♥Membantu mengimbangi hormon
♥Me...rangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
♥Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
♥Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
♥Melambatkan proses penuaan
♥Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
♥Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
♥Mencerahkan kulit secara semulajadi
♥Memberikan tenaga
♥Membantu mengurangkan keguguran rambut
♥Melancarkan peredaran darah dalam badan
♥Mengimbangi berat badan
♥Meningkatkan daya penghadaman
♥Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot
♥Melawaskan pembuangan air kecil dan besar.

SESUAI DIMINUM UNTUK::
♥Wanita yang sudah mahupun belum berkahwin.
♥Ibu-ibu selepas bersalin ( amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman) *cepat kecut
♥Wanita yang inginkan kecantikan luaran dan dalaman
♥Wanita yang mementingkan Kesihatan
**Dilarang sama sekali buat wanita yang mengandung dan kaum lelaki.

CARA PENGAMBILAN
- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.
- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.
- Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang
- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.

Untuk menambahkan berat badan :-
Minum 1 sachet CCPP sejurus lepas makan tengahari dan malam

Yang nak menten kg, suka saya ingatkan
ambil CCPP sebelum sarapan atau sebelum meal …

Maklumbalas Pengguna Selepas Mencuba CCPP
Minggu Pertama : Badan lebih bertenaga & cergas, kulit muka yang kering menjadi lembab & pengecutan jerawat, tumit kaki yg pecah kembali pulih, denyutan di payudara, susu badan bertambah (bagi ibu yg menyusukan anak).

Minggu Kedua : Kulit muka menjadi kemerahan & berseri, payudara lebih tegang, terletak & bulat, susuk tubuh lebih kemas & tidak menggelebeh

Minggu Ketiga : Berat badan berkurangan (bagi pengguna jenis gemuk air), wajah kelihatan lebih muda & kulit lebih anjal, faraj lebih ketat & rapat.


** Kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu

*Diluluskan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (No. RUJUKAN 163/s/25 jld71)
*Mempunyai sijil HALALSee More
KHASIAT COCOA COLLAGEN Membantu mengimbangi hormon + Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut + Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit + Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung + Melambatkan proses penuaan + Merapatkan vagina dan megeratkan hubungan suami isteri + Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah + Mencerahkan kulit secara semulajadi + Memberi tenaga + Membantu mengurangkan keguguran rambut + Melancarkan peredaran darah dalam badan + Mengimbangi berat badan

Dugaan : HFMD lak anak aku nih

Seperti yg korang pernah baca ENTRI sebelum nih…dalam seminggu lepas Sara baru je ngidap chicken pox….minggu ni lah baru start anto taska..Semalam, macam biasa lepas balik kerja geraklah aku ke taska untuk angkat si kenet nih…sekali uols tau besar2 notis kat depan pintu taska tuh…Lebih kurang cenggini lah bunyi dia..

Apa ag masuk ja dalam keta trus aku spotcheck ahh anak aku…tangan kaki semua aku kelebek…. adoyaiii dah ada bintik kat tangan n tapak kaki dia skit….dalam hati aku mulalah risau…mau dak kena korantin kat umah kot klu kena…ok aku positif ag..tp try gak rincky2 dari membe aku yg dah berpengalaman jaga anak dia yg pernah ngidap HFMD (Hand, foot and mouth disease) nih….Pastu dia nasihat kan aku bawak g doctor pepagi nih…ohhh no!!! anak aku memang disahkan ngidap HFMD nih….kalau di bahasa melayukan KKTM (kuku, kaki tangan dan mulut)…ni aku nya singkatan…hamekkk kena kutuk ngan membe aku..kampung benor mama mu nih…hahahaha…memartabatkan bahasa melayu kate…hehehehe

Ok meh nak cita skit berdasarkan apa aku tanya doctor tadi…

Tanda-tanda terkena wabak nih..

o   Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat  dan hilang selera makan
o   Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula.
o   Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula.
o   Ulcer mulut yang sakit

Doktor gak kata :

Pesakit nih boleh berulang kena…bukan macam campak or chicken pox…
Bintik2 dia berlainan ngan campak…kecil dan berisi air…
Macam kes anak aku…mulut dia clear ag x dak sebarang bintik (mungkin baru ag)…so, Doktor cakap x semua budak yg kena serang ngan virus nih akan dijangkiti d bhgian mulut…harap Sara x de kat mulut kesian dowww...

Dengan rasminya…start esok hari anak aku akan dapat surat kuarantin dok kat umah diam2 selama seminggu kot…ikut apa kata pegawai perubatan yg akan melawat anak aku sok kat umah…t cerita selanjutnya akan aku update len hokey….seronoknya hubby aku…dapat cuti kuarantin jaga anak…jeles nih…huhuhu

Ni pict yg aku cari dari tenet untuk HFMD nih
Sumber
 Ni lak Gambar Si kenet aku nih...hope anak mama kuat n cepat sembuh ye...sian dia dah baru baik Chicken Pox

Pict x berapa clear..camera x canggih..huhu
P/S : Thanks to auntie Amoi..susah payah anto Sara g klinik wat checkup...sayang auntie rapat2...hehehehe

Monday, March 26, 2012

Jujurnya Depa No

Memalam nih tetiba nak share satu cerita yg dari dulu sampai skang x abis2 orang dok tanya..jujuq no depa...hehehehe...untuk pengetahuan korang my Qaisara nih memang semulajadi dilahirkan kulit sawo matang skit....hidung pun kurang lah tinggi..kiranya x leh celen Mama dia lah...muka x yah cakap lah memang sijibik lah muka Papa kesayangan dia...

ni antara story n perbualan yang aku ingat lah....

Cerita mak sedara aku yg mai melawat time aku dalam pantang...

"Laaaa yang ni ikut sapa?Mak putih...abah putih...awat yang ni belain (beza) sangat..."
Jawapan aku : OOOO ni ikut belah Atok dia...
Dan2 mak sedara aku jawab...Hmmmm x palah ada lah geng...cucu dia ada sorang...

Ni lak Suara abg aku

"Ishhh...x dak langsung no anak ang ikut ang...abang rasa yg ikut pun tang tooootttt ja la noh"

Cehhhh kat situ lak di samakannya...sabor je lah....hehehehe

Pastu kebetulan bulan 1 lepas aku balik kampung...rumah tengah renovate..kiranya orang kampung aku la tuh...sekali tau dia bersuara apa...

"Ni abang nak tanya ni lama dah....Mak Putih..Pak Putih...anak ni ikut sapa?"

hmmmm jawab lg lah aku menyedapkan soalan tuh....

Pastu yg ni lg best dan sangat jujur aku kena layan...hahahahaha...gelak siap2...

Minggu lepas aku balik kampung...pagi sabtu tuh p la market nak beli barang masak...tetiba lak tekak nih terasa dahaga yg amat sangat....ajak lah adik aku g kedai jual ayaq tuh nak bungkus Milo Ais...kebetulan aku tengah dukung my little Qaisara...sekali best ja dia tanya..

Makcik : Sapa ni?anak ka?
Aku : Ahah...anak lah Cik..
Makcik : Laaa ya ka...belain nooo...idung mak tinggi...idung anak kemek...ikut sapa?

hadoiii kat makcik ni pun aku nak kena ramah tamah xplain ka?hadoiiii sabor je lah....Seb bek si kecek nih x paham lagi no...klu dak sentap anak aku nih....huhuhuhu...
Sabor na anak mama....macam mana pun Sara tetap cute tau....Mama sayang sangat kat Sara...hehehehehe...

p/s : x pernah terasapun ngan soalan2 nih...anggap je gurauan dan soala yg inginkan kepastian...hahahaha...just nak kongsi cerita je...layanzz la ye cerita aku kat atasyang x semnggah nih...hehehehe

 

Friday, March 23, 2012

Nina K's Luviee : Header buat awak

Ni kes entry semalam la nih rentetan dari komen Nina K's Luviee berkenaan header sentuhan saya yg x seberapa pun tuh...tetiba rasa mood rajin datang lak petang semalam main2 n siap kan header untuk Nina...Hope awak suka la aek...lagipun x tahu lah citarasa awak cam ne..ni saya main2 je k....klu awak nak guna guna lah...kalau x nak pun x pe...simpan buat kenangan tanda persahabatan dari SumeSakan...hehehehe...kalau nak saya ubah pape pun bleh, just inform k....maklumlah main2 kate...hehehehe

Ni dia
.
.
.
.
jeng..jeng...jeng...
.
.
.
.

Hope awak suka ye...hehehe...x pandai design benornya...hehehehe

Thursday, March 22, 2012

Salin Jugak Baju Akhirnya

Ok rini bukan nak cerita pasai duit x dak sebab x salin baju k…ni soal masa…hehehehe..sebelum nih punya lah SumeSakan nih selesa dengan baju oren tuh sampaikan malas nak tukar2…ni baju SumeSakan yg lama ye…tu pun kalau uols perasan la ye…hehehehehe

Tema Color : Oren
Tengah aku design yg baru nih tadi…tetiba masuk lah geng aku dalam bilik nih…tetiba terbocor rahsia aku tengah main2 seketika…hehehehe…pastu tterus la aku tanya…

Aku : Uit..ok dak nih warna baru nih…sila jujur k…

tau dia cakap apa…sangat jujur hokey…

Mrs. Amoi : Ok cun…seyes yg lama dulu sangat hudus hokey…memang nak cakap lama dah…(sambil gelak comey..sila jangan perasan ye Mrs. Amoi)

Akakakaka…termalu hokey ahkak seketika…tp x pe…I like ur style Mrs. Amoi…kejujuranmu sangat dihargai…mesti korang pun ada pendapat yg sama kan?

Ahkak yg redha..

Memang fail tau bab2 design color segala nih…kalau bleh nak tempek je hape ada tau…seyes malas nak amik seyes baju SumeSakan nih…hehehehe…Masa x berapa ada jugak sebenarnya...sob sob...

Ni SumeSakan new look ok..ape lak pendapat korang?hehehehehe

Tema Color : Pink + Grey


Monday, March 19, 2012

Doakan aku ye kawan2

Harap sangat apa yg aku lalui hari nih menjanjikan peluang yang baik untuk aku harungi hidup yang akan datang bersama insan2 tersayang...Harap jugak apa yang aku doa selama ini dimakbulkanNYA dan membuahkan hasil....Da lama aku menanti saat ini...harap aku d beri peluang..AMINNNN...

Korang doa kan yg terbaik gak ek untuk aku...hehehehehe

ngade nak share kat sini....hehehehe

Saturday, March 17, 2012

Anak aku ngidap Chicken Pox..

Masuk rini dah tiga hari anak aku ngidap chicken pox ni...bermula dengan hari pertama dalam 8 bintik, dan seterusnya hari ke-2 dalam 30 bintik n hari nih confirmlah dah tak terbilang....tapi rasanya x full satu badan ag....degil lak x nak kuar..hari2 dah mama nih kasi Qasara minum air kelapa....
Ok kat sini nak share skit base on pengalaman sendiri ngidap chicken pox, jaga anak chicken pox n pengalaman membe2 yg prihatin share ilmu mengenai chicken pox nih....biasalah ilmu dengan pengalaman x sama kan?bila dah hadapi cam nih..kena kat anak sendiri baru tau nak kelam kabut....

Perkara pertama nak buat bila kesan anak naik merah2 x kisah lah isi air ke tak :

1. Segeralah ke klinik buat pemeriksaan...kalau dah sah campak or chicken pox kita ke step seterusnya.
2. Macam kes aku sebelum detect campak, memang anak aku demam malam dan ada bintik satu...tp aku memang x kasi ubat...sebab mak & my Mil ada pesan..klu kasi ubat takut x kuar lak campak tuh...so, aku memang jelum je ngan air kasi suhu badan stable...Apa yang aku buat cari air kelapa kasi Qaisara minum...
Kenapa air kelapa : aku rasa ni ramai orang tahu kan?air kelapa nih untuk kes campak n chicken pox nih nak kasi dia keluar habis dan cepat..
3. Cari daun semambu...daun semambu nih bertujuan untuk merawat chicken pox nih...tujuan dia untuk mengurangkan kegatalan, kasi cepat surut dan kurangkan parut akibat bintik chicken pox tuh...Caranya sebagai mandian dan sapuan di sekitar badan...

Korang renyuk2 daun semambu nih dan rendam dengan air seketika sebelum kasi mandi
 Nak cerita skit...my Little qaisara geli geleman mandi air nih...hahahaha..ingat ape lah agaknya kan?terginjat2 dia mandi tau....kelakar lak rasa...huhuhuhu...Tapi nak kasi baik punya pasal pelan2 lah aku pujuk sampai dia sendiri bleh berendam dalam air nih...huhuhu

Ni rupa daun semambu ye kawan2....blend untuk amik air dia..P/S : jangan guna blend yang  sama korang mesin cili plak ek..kang x pasal2 kepanasan dek cili lak anak korang...ehehe


Ni lah caranya korang nak buat bedak semambu ye untuk di lumur....membe aku ada bg tips kalau nak senang guna je bedak  baby johnson yang biasa tuh...sebenarnya fungsi bedak nih just untuk nak lekatkan pati daun semambu tu je kat badan...Bedak ni  sapu lagi kerap lagi bagus..senang cakap...nampak bedak tuh dah ilang kat badan sapu je lah balik...kena rajin skit la ye...

P/S : Bagi sesiapa yang tinggal di area putrajaya nih...orang selalu cakap...dekat Warisan bleh kita dapatkan sumber daun mambu atau semambu nih...memang aku dah pergi risik lah...memang banyak pokok semambu di parking Warisan tuh...dan hasil jalan2 kami ada ag satu tempat tau korang leh dapat bg yang tinggal dekat2 presint 14 & 15 ni lah....dekat apartment presint 15..klu korang ada lalu kat roundbout besar yang nak pergi apartment presint 15 & ke presint 14 tuh...korang leh nampak dari roundabout tuh betul2 dekat tepi pagar blok apartment presint 15 yang tepi jalan tuh...hehehehe...nak mintak cam ne yang tu korang kena pk sendri la ye...hehehehe

4. Time tidur korang bleh la letakkan cebisan daun semambu tuh di bawah lapik tilam tempat orang yg kena chicken pox tu tidur...ni pun bertujuan untuk hilangkan kegatalan...ni adik ipar aku sendiri cakap tau...ada beza kalau tidur dengan daun semambu n idak....memang kurangkan derita kegatalan tuh...

5. Selain tuh pemakanan kena la jaga...contohnya yang gatal2 cam telur n yg bleh bawak kepada pernanahan tu x yah la amik kan...bukan apa pencegahan tu kan lebih baik dari mengubati...kita elak je lah..x lama pun kan?hehehehe...pastu satu ag kicap...memang time aku dulupu takut kot nak sentuh...takut parut jadi itam...hahahaha....

Ni jelah ilmu yg x seberapa dari aku untuk d share...klu korang ada petua korang sendiri leh lah kongsi kat sini...mungkin leh jadi panduan untuk sesapa yg tercari2 ilmu mengenai sakit nih....sharing is caring kate...huhuhuhuh

Sila abaikan gambar x terotate ni ye...degil lak dia x nak tegak...hehehe..ni lah pict sara d lumur ngan bedak daun semambu...hope anak mama cepat sembuh ye sayang...leh kita g jenjalan...huhuhuhu

Campak Ke Chicken Pox (Cacar Air)?

Hari ni nak share skit beza dua kenyataan penyakit berjangkit nih...selama aku hidup kat dunia nih aku ingat dua benda alah ni sama...rupanya berbeza ek...ceritanya cenggini...sebabkan anak aku naik bintik2 satu badan baru2 ni (entry kat sini), aku pun bawak lah si kecek nih g klinik...bermulalah sesi perbualan aku dengan doktor kat situ?

Doktor : Ye, sakit apa?
Aku : Anak saya ada naik bintik2, just nak pastikan sama ada campak atau bukan..

Doktor pun checklah satu2...

Doktor : Ada kes ke?
aku agak tercengang nak jawab soalan nih...confuse doww ttiba dia tanya....rupanya mkasud dia kat tempat ngasuh Sara nih ada pape kes ker?
Aku : Klu campak x de lah...baru2 nih sakit kuku dan mulut ada lah...

Pastu dok tegur aku

Doktor : Makkkkkkk.....ni bukan campak ni chickenpox....

hahaha seyes mana lah aku tau...orang kampung kate...suma aku belasah panggil campak je...yg aku tau bezanya kecik n besau....pastu Doct pun xplen lah dekat aku...sebelum tuh nak tanya...korang tau ke bendanih berbeza?

Ok, untuk pengetahuan sesapa yg still x tau macam aku nih...Chicken Pox tuh klu yang besau2 isi air tuh...kiranya campak besar la nih aku panggil...kalau campak lak yg macam ruam means merah2 satu badan tp x berair...pengalaman aku dua2 jenis nih aku dah kena lah...yg paling tragis n ada parut sampai sekarang confirmlah chickenpox kan?susah tuh nak jaga..korang rasa caner?tu pun klu korang pun ada pengalaman sendiri la kan?hehehehe

Google Image : Campak
Google Image : Chicken Pox (Cacar air)

Thursday, March 15, 2012

Campak pulak ke anakku?


Bijik merah isi air ni dah lame naik...lebih kurang 4 hari kot...mula2 aku ingat bijik biasa je coz x de susuli dengan yg lain...tp semalam Qaisara demam ag...suhu cecah 38.C jugak....aku da mula risau...sebab sebelum nih my MIL cakap selalunya campak d susuli dgn demam n batuk...then semalam tanda tuh datang...seyes aku x berani lah kasi dia ubat takut klu betul campak kang terbantut pulak dia nak kuar kan?semalaman lah aku n hubby x dapat tidur....risaukan suhu badan dia...kejap2 jelum kepala n badan dengan air...Sara pulak asyik nak melekat je...sampai kering kot Cik B aku....Hasilnya kepala aku ada pusing hari nih...jangan migrain ag sudah...memandangkan ada 2 orang sakit kat umah rini...dengan hubby2 lah kena EL jagakan insan2 tersayang nih...hehehehhe....

Tapi tu lah timbul kekonfiusan kat diri aku...nak EL ke nak amik MC...malas dowww nak g klinik...rasa nak tidur je...tp tu lah cuti x banyak...nant nak jaga Sara ag klu campak menyerang...adoyaiiii....opsss lupa bgtau...lepas bg mandikan Qaisara rini...lebih kurang 6 bijik lagi merah2 timbull merata badan...huuuu kerisauan dah melanda...dan2 terpk kat mana nak cari daun semambu..kat mana nak cari air kelapa...aduhhh risau ahkak tau...bukan apa tgk anak membe kena campak teruk sangat....tatut lak rasa....

Ni anak membe aku...sampai masuk ward coz teruk sangat...sian dia tau...tp alhamdulillah dah discharge n bertambah baik...
kalau korang masih ingat ni ENTRI bebudak nih main sesama time diorang sama2 demam itu hari...harap sume menjadi baik...AMINNN