-->

Thursday, July 28, 2011

Ayah Seorang PEMBOHONG!!!

Sumber Dari : Email


Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ayah saya memang seorang pembohong....! Sepanjang ingatan saya, sekurang - kurangnya lapan kali ayah membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir di utara tanahair sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, sayasering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ayah cepat memujuk. Ketika makan, ayah sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ayah berkata....."Makanlah nak, ayah taklapar."...."Pembohongan ayah yang pertama".

Ketika saya mulai besar, ayah yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ayah berharap dari ikanhasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik beradik. Pulang memancing, ayah memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktusaya makan gulai ikan itu, ayah duduk disamping kami dan memakan sisa isi ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa- sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat ayah seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya menberikan ikan itu kepada ayah. Tetapi ayah dengan cepat menolaknya.ayah berkata........

"Makanlah nak, ayah tak suka makan ikan"......."Pembohongan ayah yang kedua".

Diusia remaja, saya masuk sekolah menengah, ayah pergi menjaja di jalanan dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih - muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang pukul 2.30 pagi, sayaterjaga dari tidur . Saya melihat ayah sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Bebepara kali saya lihat kepala ayah terhangguk2 kerana terlalu mengantuk. Saya berkata..." ayah tidurlah, esok pagi ayah kena pergi kebun pula." Ayah tersenyum dan berkata......"cepatlah tidur nak, ayah belum mengantuk lagi"......"pembohongan ayah yang ketiga" .

Dihujung musim persekolahan, ayah meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ayah terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ayah sering kali saja tersenyumdan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ayah dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya . Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ayah yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ayah yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk ayah dan menyuruh ayah minum. Tapi ayah cepat - cepat menolaknya dan berkata, "minumlah nak, ayah tak haus!"
"pembohongan ayah yang keempat".

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ayahlah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ayah bekerja mengambil upah di kebun membuat penyapu lidi dan menjual kuih - muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ayah yang lemah. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pak cik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ayah dengan mengambil saya untuk dipelihara, anehnya ayah menolak bantuan itu. Mungkin tidak mahu kami adik beradik berpisah dan atau terlalu sayangkan saya yg masih kecil.

Jiran- jiran sering kali menasihati ayah supaya menikah lagi agar ada seorang perempuan yang akan menjaga ayah dan menjaga kami sekeluarga . Tetapi ayah yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ayah berkata, ..."saya tidak perlukan cinta, sayatidak perlukan perempuan"..... ."pembohongan ayah yang kelima".

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ayah sudah pun tua dan mula sakit-sakit. Kakak dan abang menyuruh ayah supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.tetapi ayah tidak mahu. Ayah masih rela pergi membuat kerja2 kampung setiap pagi untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ayah, pun begitu ayah tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ayah mengirim balik wang itu dan ayah berkata, "jangan susah nak, ayah ada duit." "pembohongan ayah yang keenam".

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sayadi sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. dengan gaji yang agak lumayan. Saya berhajatmembawa ayah untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ayah sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ayah habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi dengan baik hati ayah menolak ajakan sayadengan berkata, "tak apalah nak...ayah tidak biasa tinggal di negara orang". "pembohongan ayah yang ketujuh".

Beberapa tahun berlalu, ayah semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ayah diserang penyakit kanser, ayah mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu beradajauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ayahnda tercinta. Saya lihat ayah terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ayahyang kelihatan tersangat tua dan lemah menatap wajah saya dengan penuh kerinduan, ayah menghadiahkan saya sebuah senyuman, biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ayah sehingga ayah menjadi terlalu lemah dan kurus tidak berdaya. Saya menatap wajah ayah dengan linangan air mata. Saya cium tangan ayah kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Disaat seperti ini, ayah tetap tersenyum dan berkata. "jangan menangis  nak, ayah tak sakit" "pembohongan ayah yang kelapan".


Setelah mengucapkan pembohongannya yang kelapan itu, ayahnda tercinta menutup matanya untuk kali yang terakhir dan meninggalkan kami semua buat selamanya.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ayah dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya sekarang. Kalau ayah anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ayah saya sayangkan ayah. Tapi tidak lagi saya, sehingga kini saya dayahru rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ayah lebih dari nyawa saya sendiri , tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata - kata itu ke telinga ayah, sampailah saat ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir........betapa berdosanya saya kepada ayah. "ayah, maafkan saya.........saya sayangkan ayah".....namun ayah tak mungkin mendengarnya lagi dan kembali semula dalam hidup saya. Walaupun saya cukup berjaya dan mempunyai segalanya sekarang, namun hidup saya kosong dan sepi tiada bererti. Tiada apa pun di dalam dunia ini yang mampu mengantikan cinta ayah saya yang agung dan tulus itu.....hingga kini setelah berpuluh tahun berlalu saya masih kehilangan ayah saya.

Anda jangan jadi seperti saya yang sudah terlewat menzahirkan cinta kepada ayah yang telah tiada........ Kesalan saya ini walau dengan linangan airmata darah sekalipun tidak akan tertebus lagi.

Lafazkanlah dan zahirkan lah cinta anda kepada ayah anda sekarang sementara ayah anda masih ada hari ini sempena hari hari ayah esok........"Selamat Hari Bapa.. saya sangat sayangkan ayah dunia dan akhirat."

Untuk saya.....saya hanya dapat berdoa agar Allah memberkati ayah saya dan meletakkan  ayah saya disisi orang2 beriman atas kasih sayangnya yang agung terhadap kami semua......amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...