Rituh ada cakap nak up resepi
nih kan?ok petang nih kurang bz skit dan lah nak ngarang2…hehehehe…yang ni
memang suggest wajib korang try tau…srius sedap dan mnyengat(pekat gituh)….bayangkanlah aku
sampai bawak kambing tau g umah my MIL aku semata2 nak belajar resepi nih…
Ok bahan2 seperti di bawah :
Kambing (Dalam 7 or 8 Ketul)
Rempah Kari Daging Adabi (3
Pack)
Cili Kisar (2 sudu)
Kerisik (2 sudu)
Garam
Note : Rempah dibancuh dengan
air dan dicampur dengan cili kisar dan ketepikan
Bahan Tumis
Bawang Merah (4 Ulas)
Bawng Putih (3 ulas)
Halia (Setengah Inci)
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Kulit Kayu Manis
Bahan Blend
Bawang Besar (1 biji)
Bawang Putih (4 ulas)
Halia (1 inci)
Nota : Perapkan kambing
dengan bahan blend seketika
Yougurt (gantikan santan)-
satukan susu dan limau
Susu Cair (Suku cawan)
Limau Nipis (1 biji)
Cara-Cara
1. Tumis Bahan tumis dan biarkan
sehingga keperangan dan bau yang mengancam
2. Masukkan rempah yang telah
dibancuh tadi dan biar sehingga pecah minyak
3. Masukkan kambing dan tutup
periuk…biar sehingga daging empuk…(kalau air kurang tambahkan air k)
4. Masukkan Kerisik, Yougurt dan
garam secukup rasa
Nota Kaki : Untuk hiasan ikut
kreativiti sendiri la ek…yang ni macam biasa la pict dari umah mertua..so, x de
hiasan bagai…kang pelik lak my MIL menantu dia dok tonggeng2 amik gambor…huhuhuhu
wow..nmpk sedap. baru belajar mkn kmbing huhuhuhu..bermula dgn lamb chop baru, kambing style len belum try ag heheheheh nape ntah susah sgt nk mkn kambing nie huhuhuhu
ReplyDeletehehehehe nampak sedap..rasa pun sedap tau...x tipu...hehehehe...x pe belajar2 makan kambing...i suka tau...tambah2 part tulang tuh...fuhhh...huhuhu
ReplyDelete