Monday, August 8, 2011

Curry Ikan Kembung Kowww



4 ekor Ikan Kembung dibersihkan dan ditoskan
1 paket kecil santan pekat (RM1)
Segenggam asam jawa (air asam)
Garam
½ cawan minyak

Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Rempah kari ikan Baba’s (2 paket kecil)
Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus 
  • 1 biji bawang besar dihiris halus (kalau besar setengah je)
  • 1 sudu the halba campur (halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
Bahan2 Hiasan
  • 6 kacang bendi
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 2 biji cili hijau, dibelah dua, jgn putus
Cara-cara
  1. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak. (Gunakan api perlahan)
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan air (dalam 3 cawan, tak pun agak2 je lah), dan kacau
  5. Masukkan ikan.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Masukkan pati santan dan bahan hiasan.
  8. Biar seketika. (seminit dua)
Yeahh da bleh hidang kepada yang tersayang. Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Thanks kengkawan sudi cot cet kat sini...nanti Sumesakan jejak korang balik k...