Rasa cam bagus ja info nih...ilmu elok dikongsikan...kepada ibu bapa sila baca ye kekadang kita sendiri x sedar...
Anak
adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka
Hargai dan sayangilah mereka
Kepada
semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan… .
1.
Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai
zuriat;
2.
Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan
mengenai zuriat;
3.
Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak;
4.
Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan
anak-anak;
5.
Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang
disajikan kepada anak-anak;
6.
Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang
makan;
7.
Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika
makan;
8.
Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak;
9.
Kurang melahirkan kasih sayang;
10. Sering mengeluh di hadapan
anak-anak;
11. Tidak meraikan anak-anak
ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah;
12. Tidak mengenalkan
anak-anak dengan konsep keadilan;
13. Tidak memberatkan
pendidikan agama di kalangan anak-anak;
14. Tidak terlibat dengan
urusan pelajaran anak-anak;
15. Tidak memprogramkan masa
rehat dan riadah anak-anak;
16. Tidak menggalakan dan
menyediakan suasana suka membaca;
17. Mengizinkan anak-anak
menjamah makanan dan minuman yang tidak halal;
18. Tidak menunjukkan contoh
tauladan yang baik di hadapan anak-anak;
19. Jarang meluangkan masa
untuk bergurau senda dengan anak-anak;
20. Terdapat jurang komunikasi
di antara ibubapa dengan anak-anak;
21. Tidak menggunakan bahasa
yang betul;
22. Suka bertengkar di hadapan
anak-anak;
23. Sentiasa menunjukkan muka
masam di hadapan anak-anak;
24. Tidak membimbing anak-anak
supaya mematuhi syariat;
25. Memberi kebebasan yang
berlebihan kepada anak-anak;
26. Terlalu mengongkong
kebebasan anak-anak;
27. Tidak menunaikan janji
yang dibuat terhadap anak-anak;
28. Tidak menunjukkan minat
kepada aktiviti anak-anak;
29. Tidak memupuk semangat
membaca di kalangan anak-anak;
30. Tidak berminat melayan
pertanyaan atau kemusykilan anak-anak;
31. Tidak memberi perhatian
terhadap buah fikiran anak-anak;
32. Lambat memberi penghargaan
kepada anak-anak;
33. Kerap meleteri sesuatu
kesilapan yang dilakukan anak-anak;
34. Hukuman yang tidak
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan;
35. Sering mengancam dan
menakutkan anak-anak;
36. Menghukum tanpa menyatakan
kesalahan yang dilakukan;
37. Tidak konsisten dalam
menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak;
38. Memberi nasihat yang sama
kepada anak-anak;
39. Tidak tegas mendidik
anak-anak; dan
40. Tidak menggalakkan
anak-anak hidup berkerjasama.
TQ 4 D INFO....KENA BELAJAR DR INFO NI GAK
ReplyDeleteokeeh info terbaik ...preparation sebelum jd isteri lg..kuakuakukua ^_^
ReplyDeleteSafra Syazana : wahhh lg terbik lah klu prepare awai...hehehehe
ReplyDeletekikikiki insyaAllah..besar tanggungjawab tu nanti... ^_^
ReplyDeletechaiyook chaiyook all the best utk semua gorgeous mom's!!!