Anak
Sedarkah kita apabila kita sudah menjelang dewasa dan dah
pandai mencari duit sendiri macam2 bermain dalam kepala kita…nak beli itu, nak
beli ini, nak jadi itu, nak jd ini…semua nak puaskan hati masing2..dalam masa
yang sama pernah kah kita muhasabah diri..ingatkah kita kepada kedua ibubapa
kita…pernah kah kita terpikirkan apa kemahuan mereka, apa yang mereka harapkan dan
apa yang perlu kita sediakan buat mereka. Contohnya, bila menjelang hari raya,
tentu kita sibuk nak buat preparation untuk kelengkapan kita. Tapi dalam masa
yang sama ada tak anak2 yang terfikir untuk menyediakan kelengkapan untuk ibu
dan ayah sempena menyambut aidilfitri. Ya, masa ini syaitan kadang2 datang
menghasut (salahkan syaitan pulak)
· * Ala, insyaallah ibu & ayah masih mampu beli
baju & barang2 lain sendiri. X pun mungkin kaklong, kakngah, abang cik
beli. Lagipun aku nih kurang mampu..kalau aku beli, nant x dapat lah aku nak…(macam2
nak buat).
Sedangkan mak & ayah tuh terus menanti dan menanti. Anak2
pula saling mengharapkan adik beradik yang lain menghulurkan sumbangan.
Bila tiba 1 Syawal (Selepas bersalaman).
Anak : aik mak & ayah x pakai baju raya
Mak / ayah : hmmm baju ni elok lagi buat apa nak membazir
beli
Anak : oooo
Pastu….
Kaklong : aik mak & ayah x pakai baju raya
Mak / ayah : hmmm baju ni elok lagi buat apa nak membazir
beli
Kaklong : oooo
Pastu….
Kakngah : aik mak & ayah x pakai baju raya
Mak / ayah : hmmm baju ni elok lagi buat apa nak membazir
beli
Kakngah : oooo
Begitu lah seterusnya….sedihkan…cuba bayangkan kita di
tempat mereka…hanya jawapan yang sama mampu diberikan hanya kerana ingin menjaga
hati anak2…anak2 itu adalah sebahagian dari kita. Fahamkah kita apa kemahuan
mereka, apa yang tersembunyi di benak mereka..kadang2 mereka terpaksa kuburkan
kemahuan mereka hanya kerana ingin menjaga hati & perasaan anak2..walaupun
jauh di sudut hati mereka merintih..wahai anak2ku…fahamlah kamu atas tanngungjawabmu,
kesusahan& kepayahan ibu bapa mu ini….kenangilah pengorbanan kami….tp anak2
still macam tuh…tahun ni sedih pastu tahun depan lupa lagi…huuuuu harap kita x
tergolong dalam org yg macam tuh
Ibu & Bapa
Ibu : Abang, ibu beli baju kat baby
Ayah : laaa kan dah beli hari tuh…nape beli lg..banyak
sangat dah
Ibu : Ala..cantik la Abang geram la..x leh tengok..lg pn
bukan orang lain nak pakai anak kita jugak kan?
Dalam hati masing2 (Baju sendiri pn x berganti..x pe semua
demi anakku)
**
Ibu : Abg, mana kipas..sian anak panas..berpeluh nih
Ayah : ni ha..(sambil kipas2)..sian anak ayah peluh ye…ayah
ada nih tolong kipaskan (sambil usap kepala anak)
Ibu : Sian anak ibu ye…
**
Ibu : Abang, ada nyamuk lah malam nih…sian baby..nanti habis
merah2
Ayah : La ye ke..abang da spray dah td…
Bangunlah si ibu & ayah ni pasang lampu untuk memerang
nyamuk yang seekor itu..
**
Bila da masuk U…banyak nak pakai duit..bagi Ibu & ayah
yang berada memang x de masalah…bagi orang kampong yang mengharapkan duit
pencen je…macam mana?
Anak : Ibu…orang telefon nih nak bgtahu duit orang da habis
lah…bleh tak ibu masukkan duit kat orang
Ibu : Ye ke…?siannya anak ibu..nant ibu mintak ayah masukkan
ye…berapa nak pakai?
Anak : RM$$$....
Ibu : Ok nant ibu bagitahu ayah ye…ada duit lagi tak
sekarang?
Anak : Ada..tapi tak banyak….
**
Ibu : Abang, tadi anak telefon, dia nak pakai duit la..
Ayah : Alamak, duit pencen abang x masuk lg nih..ibu ada
duit dulu tak..?
Ibu : Duit nak belanja & nak bayar eletrik dengan air
ada lah..
Ayah : Alamak pencen abang lambat lg..baru ni kereta pulak
meragam..bagi je lah dulu kang tak makan pulak anak kita tuh…sian dia.
Ibu : Nak bagi berapa? x cukup macam dia minta la…
Ayah : Tak pe bagi je…kita kat sini pandai2 lah nant…
Besar kan pengobanan seorang ayah dan ibu…ni baru sedikit
yang dicoretkan. Begitu banyak sehingga x tercoret sebenarnya..Anak-anak akan
sentiasa terlindung selagi ibu dan ayahnya masih hidup..cuba fikir sejenak…walaupun
kita sudah berumahtangga..andai masalah timbul, siapa yang kita cari untuk
bercerita…ibu & ayah bukan?andai masalah kewangan wujud..siapa yang kita
cari?ibu dan ayah jugak kan?
Tak kan time susah je ibu & ayah penting dalam hidup
kita…time senang di manakah kita…?Marilah kita sama2 muhasabah diri…Kalau ibu
& ayah sanggup berkorban demi kita…kenapa kita tidak?Kalau ibu & ayah
dahulunya sentiasa memberi ciuman kepada kita?kenapa kita tidak mampu
lakukannya sekarang…Sayangilah ibu bapa mu selagi ada peluang…berbuat baiklah
kepada mereka selagi masih terdaya. Jangan bila dah tak berpeluang baru nak bersuara…”Menyesal dulu x buat itu & ini untuk
ibu ayahku”..dah x guna kan time tuh. Ambil lah peluang selagi ada..kerana perbuatan
kita sekarang diperhatikan anak2 kita yang makin membesar..x mustahil layanan
yang sama akan kita terima…
Teringat pesanan abg POOH aku-; Nak rezeki murah, dengan mak
ayah jgn berkira…yaaa sampai sekarang aku ingat…thanks abg Pooh sebab tunjuk
contoh yang terbaik pada adikmu ini...
No comments:
Post a Comment
Thanks kengkawan sudi cot cet kat sini...nanti Sumesakan jejak korang balik k...