Bebola Agar-agar pelbagai warna diharamkan |
Budak anggap sebagai makanan
PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour
Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan
Crystal Soil.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.
"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.
"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini.

Mula2 aku tgk tajuk nih ingatkan sebab mengandungi benda terlarang..rupanya sebab sifat bebola kristal nih sendiri...Yup kalau fikir lojik memang la kan...budak2 mengutip je kerjanya..semua nak di makannya...mana lah tahu kan..time kita tengah proses2 nak rendamkan tuh terjatuh la sebijik dua atas lantai dan dikutipnya...adoiiii...mintak simpang lah terjadi kat my little Qaisara...aku pn guna gak benda alah ni....cam ne nak buat ek...kena buang ke?tp yang dah kembang x pa kot no...hehehehehe...
No comments:
Post a Comment
Thanks kengkawan sudi cot cet kat sini...nanti Sumesakan jejak korang balik k...