Wednesday, August 24, 2011

Daging Masak Kicap Pedas Berlada



As usual aku nih suka try je masukkan apa yang ada untuk menjadikannya satu resepi yg best…1st aku try lepas aku mkn kat Chakri House masa sarat pantang dulu…then, aku suka resepi nih then berulang lah bila ada daging dlm fridge aku..Ok bahan-bahan dan resepi seperti kat bawah ye..

Bahan-bahan

Daging (potong ikut selesa korang ye)
Serbuk sup (1 sudu makan)
Lada Hitam Kisar (1/2 sudu)
Kicap (agak-agak hitam)-dlm ¼ mangkuk
Minyak (4 sudu makan)
Cili Kisar (4 sudu makan)
Minyak Ikan (2 sudu makan)
Garam dan Gula

Bahan Tumis 

Bawang Besar (1/2 labu)
Bawang Putih (4 ulas)
Halia (1 inci)
Bunga Lawang (2 kuntum)
Kulit Kayu Manis (1 batang)



Bahan Hiasan


Green Capsicum (hiris seperti dalam gambar)
Bawang Besar (dipotong bulat)
Daun Selom (dalam tiga tangkai)
Cili Api (9 biji-diketuk skit ye)



Cara-cara

1. Masukkan minyak di dalam kuali
2. Tumis bahan tumis sehingga naik baunya
3. Masukkan Cili kisar dan tunggu sehingga cili masak
4. Masukkakn kicap, minyak ikan, lada hitam, serbuk sup dan kacau seketika
5. Masukkan daging dan biarkan sehingga daging empuk (kalau kuah kering tambahkan air ye)
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Akhir sekali masukkan lah bahan hiasan dan biar seketika

Da siap…leh la korang try…walaupun main masuk2 je…insyaallah sedap tau….hehehe

No comments:

Post a Comment

Thanks kengkawan sudi cot cet kat sini...nanti Sumesakan jejak korang balik k...