Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung
kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh
badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org
sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan
anak..antaranya:-
1) KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP
2) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
3) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
4) BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
5) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
6) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
7) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
8) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
9) JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
10) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Sumber : ceqgu : info susu ibu
1) KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP
- Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
2) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
- Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.
3) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
- Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
4) BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
- Salah!! susu ibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
5) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
- Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.
6) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
- Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
7) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
- Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
8) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
- Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.
9) JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
- Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
10) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
- Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.
Sumber : ceqgu : info susu ibu
thanks dear for the sharing
ReplyDelete