Sumber Dari : Email
Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ayah saya memang seorang pembohong....! Sepanjang ingatan saya, sekurang - kurangnya lapan kali ayah membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.
Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ayah saya memang seorang pembohong....! Sepanjang ingatan saya, sekurang - kurangnya lapan kali ayah membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir di
utara tanahair sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama
beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi satu
keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, sayasering saja merungut. Saya
menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ayah cepat memujuk. Ketika
makan, ayah sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.sambil memindahkan
nasi ke mangkuk saya, ayah berkata....."Makanlah nak, ayah
taklapar."...."Pembohongan ayah yang pertama".
Ketika saya mulai besar, ayah yang gigih sering
meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Ayah berharap dari ikanhasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk pembesaran kami adik beradik. Pulang memancing, ayah memasak gulai ikan
yang segar dan mengundang selera. Sewaktusaya makan gulai ikan itu, ayah duduk
disamping kami dan memakan sisa isi ikan yang masih menempel di tulang daripada
bekas sisa- sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat ayah seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya menberikan ikan itu
kepada ayah. Tetapi ayah dengan cepat menolaknya.ayah berkata........
"Makanlah nak, ayah tak suka makan
ikan"......."Pembohongan ayah yang kedua".
Diusia remaja, saya masuk sekolah menengah, ayah pergi
menjaja di jalanan dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih - muih untuk
menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang pukul
2.30 pagi, sayaterjaga dari tidur . Saya melihat ayah sedang membuat kuih
dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Bebepara kali saya lihat kepala
ayah terhangguk2 kerana terlalu mengantuk. Saya berkata..." ayah tidurlah,
esok pagi ayah kena pergi kebun pula." Ayah tersenyum dan
berkata......"cepatlah tidur nak, ayah belum mengantuk
lagi"......"pembohongan ayah yang ketiga" .
Dihujung musim persekolahan, ayah meminta cuti kerja
supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan
penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ayah
terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ayah sering kali saja tersenyumdan
mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada illahi agar saya lulus ujian peperiksaan
ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai,
ayah dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan
dalam botol yang dibawanya . Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan
dengan kasih sayang ayah yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ayah yang
dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk ayah dan menyuruh
ayah minum. Tapi ayah cepat - cepat menolaknya dan berkata, "minumlah nak,
ayah tak haus!"
"pembohongan ayah yang keempat".
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya
baru beberapa bulan dilahirkan, ayahlah yang mengambil tugas sebagai ayah
kepada kami sekeluarga. Ayah bekerja mengambil upah di kebun membuat penyapu
lidi dan menjual kuih - muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat
kudrat seorang ayah yang lemah. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan
susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pak cik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ayah dengan
mengambil saya untuk dipelihara, anehnya ayah menolak bantuan itu. Mungkin
tidak mahu kami adik beradik berpisah dan atau terlalu sayangkan saya yg masih
kecil.
Jiran- jiran sering kali menasihati ayah supaya menikah
lagi agar ada seorang perempuan yang akan menjaga ayah dan menjaga kami
sekeluarga . Tetapi ayah yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat
mereka. Ayah berkata, ..."saya tidak perlukan cinta, sayatidak perlukan
perempuan"..... ."pembohongan ayah yang kelima".
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja,
ayah sudah pun tua dan mula sakit-sakit. Kakak dan abang menyuruh ayah supaya
berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata
untuk mencari duit.tetapi ayah tidak mahu. Ayah masih rela pergi membuat kerja2
kampung setiap pagi untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang
bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi
keperluan ayah, pun begitu ayah tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan ayah mengirim balik wang itu dan ayah berkata, "jangan
susah nak, ayah ada duit." "pembohongan ayah yang keenam".
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan
lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sayadi sana
dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
pengajian saya juga di luar negara. dengan gaji yang agak lumayan. Saya
berhajatmembawa ayah untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada
pandangan saya, ayah sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ayah
habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi dengan baik hati ayah
menolak ajakan sayadengan berkata, "tak apalah nak...ayah tidak biasa
tinggal di negara orang". "pembohongan ayah yang ketujuh".
Beberapa tahun berlalu, ayah semakin tua. Suatu malam
saya menerima berita ayah diserang penyakit kanser, ayah mesti dibedah secepat
mungkin. Saya yang ketika itu beradajauh diseberang samudera terus segera
pulang untuk menjenguk ayahnda tercinta. Saya lihat ayah terbaring lemah di
katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ayahyang kelihatan tersangat tua
dan lemah menatap wajah saya dengan penuh kerinduan, ayah menghadiahkan saya
sebuah senyuman, biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari
setiap inci tubuhnya. Saya melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah
memamah tubuh ayah sehingga ayah menjadi terlalu lemah dan kurus tidak berdaya.
Saya menatap wajah ayah dengan linangan air mata. Saya cium tangan ayah
kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Disaat seperti ini, ayah tetap
tersenyum dan berkata. "jangan menangis
nak, ayah tak sakit" "pembohongan ayah yang kelapan".
Setelah mengucapkan pembohongannya yang kelapan itu,
ayahnda tercinta menutup matanya untuk kali yang terakhir dan meninggalkan kami
semua buat selamanya.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ayah dan ayah. Anda
boleh memeluk dan menciumnya sekarang. Kalau ayah anda jauh dari mata, anda
boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ayah saya sayangkan ayah. Tapi tidak
lagi saya, sehingga kini saya dayahru rasa bersalah yang amat sangat kerana
biarpun saya mengasihi ayah lebih dari nyawa saya sendiri , tapi tidak pernah
sekalipun saya membisikkan kata - kata itu ke telinga ayah, sampailah saat ayah
menghembuskan nafasnya yang terakhir........betapa berdosanya saya kepada ayah.
"ayah, maafkan saya.........saya sayangkan ayah".....namun ayah tak
mungkin mendengarnya lagi dan kembali semula dalam hidup saya. Walaupun saya
cukup berjaya dan mempunyai segalanya sekarang, namun hidup saya kosong dan
sepi tiada bererti. Tiada apa pun di dalam dunia ini yang mampu mengantikan
cinta ayah saya yang agung dan tulus itu.....hingga kini setelah berpuluh tahun
berlalu saya masih kehilangan ayah saya.
Anda jangan jadi seperti saya yang sudah terlewat
menzahirkan cinta kepada ayah yang telah tiada........ Kesalan saya ini walau
dengan linangan airmata darah sekalipun tidak akan tertebus lagi.
Lafazkanlah dan zahirkan lah cinta anda kepada ayah anda
sekarang sementara ayah anda masih ada hari ini sempena hari hari ayah
esok........"Selamat Hari Bapa.. saya sangat sayangkan ayah dunia dan
akhirat."
Untuk saya.....saya hanya dapat berdoa agar Allah
memberkati ayah saya dan meletakkan ayah
saya disisi orang2 beriman atas kasih sayangnya yang agung terhadap kami
semua......amin.
No comments:
Post a Comment
Thanks kengkawan sudi cot cet kat sini...nanti Sumesakan jejak korang balik k...